4Lo6tkEvBVv3ZgCOiTpUbnOmMWU buatbest: Kanibal? Masak Dan Makan Daging Jari Sendiri !


Klik Iklan Untuk Info



Thursday, 25 April 2013

Kanibal? Masak Dan Makan Daging Jari Sendiri !


Kerana terlalu ingin mengetahui bagaimanakah rasa daging manusia, lelaki ini masak dan makan daging jari miliknya sendiri yang telah siap direbus..!


Tindakan pelik yang dilakukannya itu berpunca selepas dia kemalangan motorsikal sehingga menyebabkan dia kehilangan sebatang jari tangannya..

Jarinya yang bertukar kehitaman selepas kemalangan itu kemudiannya dibawa pulang kerumah selepas dipotong oleh doktor sebelum dimasak dan tulangnya dijadikan sebagai souvenir sebagai kenang-kenangan..

Dia yang sebelum kemalangan itu sememangnya mempunyai keinginan pelik, iaitu teringin untuk merasai makan daging manusia (kanibal)..Bagaimanapun hasratnya terpaksa di lupakan kerana undang-undang mengharamkan memakan daging manusia lain sehinggalah peluang untuk merasai daging manusia itu datang selepas jarinya rosak akibat kemalangan itu..


"Aku tahu,tindakan ini memang agak gila..tapi rasa ingin tahu menyebabkan aku makan daging jari sendiri" ujar David Playpenz, lelaki kelahiran Cholcester, Essex kepada majalah Love It!..

Jari tersebut direbus dengan berhati-hati oleh David supaya tidak merosakkan tulangnya dan dia turut memaparkan gambar jarinya yang dimasak itu di Facebook untuk dilihat rakan-rakannya hingga ada yang memberikan reaksi jijik terhadap tindakan seperti kanibal yang memakan daging manusia oleh David itu..!

1 comment :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

exchange bloglist