4Lo6tkEvBVv3ZgCOiTpUbnOmMWU buatbest: Lima Sekeluarga Nekad Bakar Diri Elak Rumah Diroboh


Klik Iklan Untuk Info



Saturday, 6 April 2013

Lima Sekeluarga Nekad Bakar Diri Elak Rumah Diroboh


Lima sekeluarga nekad membakar diri selepas gagal mempertahankan kediaman mereka dari dirobohkan pihak pemaju..





Dipetik MailOnline, Bharat Mansingh, 40, dilaporkan meninggal dunia selepas melecur keseluruhan anggota akibat membakar diri di tengah bangunan pihak berkuasa tempatan dalam bandar Rajkot, barat laut India..

Ahli keluarganya yang turut membakar diri adalah Rekha, Asha, Vasumati dan Girish Mansingh yang kini sedang menerima rawatan..

Pegawai tempatan berkata, mangsa membakar diri sebelum menyimbah minyak tanah ke badan masing-masing kerana gagal mencapai kata sepakat dengan pihak pemaju..

"Mereka kecewa kerana pemaju berkeras merobohkan kediaman itu tanpa membayar ganti rugi," katanya..

Minggu lalu, syarikat Rajkot Municipal Corporation keluarkan amaran untuk merobohkan kediaman di Chotu Nagar bagi membangunkan kawasan perniagaan baru..

Difahamkan, keluarga Mansingh telah menetap di kawasan itu selepas berhijrah dari Nepal lebih 10 tahun lalu..


sinar

No comments :

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

exchange bloglist