4Lo6tkEvBVv3ZgCOiTpUbnOmMWU buatbest: Apakah Kelebihan Dan Khasiat Buah Kurma


Klik Iklan Untuk Info



Sunday, 28 July 2013

Apakah Kelebihan Dan Khasiat Buah Kurma



Tahukah anda tentang kelebihan dan khasiat buah kurma..? Kurma (Phonex dactylifera) atau Tamar adalah sejenis tumbuhan (Palma) yang berbuah dan boleh dimakan sama ada secara masak atau mentah. Kurma dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang mana sebahagian daripadanya sudah terbukti secara saintifik...


...Dalam kitab suci al-Qur’an sahaja terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma. Malah baginda Rasulullah SAW sendiri beberapa kali menyebut perihal kurma dan khasiatnya, ia amat sinonim dengan kisah sirah baginda..


“Kemudian Kami tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur untuk kamu. Disana kamu peroleh buah-buahan yang banyak dan sebahagiannya kamu makan“
                                                                                       Al-Mukminah ayat 19
                                                                                                     
 “Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’, dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu“.
                                                                                                   Sabda Rasulullah SAW


Itu cerita kurma di sebalik agama Islam. Bagaimana pula pandangan kurma dari sudut sains? Bercerita tentang nutrisi kurma, kandungan protein di dalam kurma adalah lebih kurang 2.5%, serat 8.0% manakala kandungan gulanya pula adalah sangat tinggi, yakni sehingga 63%, majoritinya adalah glukosa. Lemak yang terkandung di dalamnya pula adalah sangat sedikit iaitu sekitar 0.4% sahaja..

Selain itu, kurma terkenal dalam dunia perubatan tradisional memandangkan ia juga kaya denga zat besi, kalsium, fosforus, odium, potassium, vitamin A, C dan niasin.

Apakah antara khasiat utama kurma?

1: Paling pantas diproses dan diserap, sekaligus memberikan tenaga segera

Memandangkan kandungan gula ringkasnya (monosaccharide) yang sangat tinggi (lebih tinggi dari pisang), kurma berupaya memberikan “tenaga segera” yang diserap tubuh serta-merta. Ini berbeza dengan kebanyakan buah-buahan lain yang mengadungi sukrosa (disaccharide) sebagai kandungan asasnya. Disaccharide seperti sukrosa harus dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi monosaccharide lalu diserap tubuh sebagai tenaga.

Oleh yang demikian, makanlah kurma ketika berbuka puasa kerana pada waktu ini, kita perlukan tenaga segera, dan bukannya tenaga yang “lambat untuk dicerna” seperti yang terkandung dalam kebanyakkan makanan berlemak yang terdapat di Bazaar Ramadhan. Minum juga bersama dengan minuman protein whey sekiranya anda ingin meminimakan penurunan otot sepanjang bulan puasa, kemudian solat manghrib dahulu. Sentuhlah makanan yang lemak dan “berat” hanya sesudah anda selesai solat maghrib.

Tetapi masalahnya, berapa ramai yang mengikut peraturan ini di Malaysia? Berapa ramai yang berbuka dengan makanan yang paling ringkas dahulu sebelum menjamah sesuatu yang berat kemudiannya?

“Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terdapat kurma, maka Baginda akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air“
                                                                                                                 Hadis riwayat Ahmad

Pohon Kurma

2: Kaya dengan serat dan potassium

Kita memakan kurma tanpa perlu membuang kulitnya dan ini unik kerana jangan tak tahu, pada kulitnya itulah terkandung serat. Benar, kurma adalah antara buah-buahan yang amat kaya dengan serat, serat larut mahupun tak larut. Sekagi lagi, aku ingin membandingkan kurma dengan pisang. Kita sering menganggap buah-buahan seperti pisang itu mengandungi serat yang tinggi, tetapi tahukah anda, dalam 100g Kurma terdapat 8g serat sedangkan dalam 100g Pisang hanya terdapat 2.6g serat sahaja? Ini amat baik untuk sistem pelawasan.

Selain mengandungi vitamin A dan C (tak banyak, tetapi signifikan), kurma kaya dengan Potassium dan beberapa zat galian yang lain. Potassium (zat galian) adalah elektrolit yang akan menyeimbangkan kembali kandungan air dalam tubuh badan apabila kita kehilangannya, terutama sepanjang tempoh berpuasa. Tidak perlu membeli 100 Plus sekiranya khuatir akan kekurangan elektrolit ketika berbuka, memadai sahaja dengan beberapa biji kurma dan air suam. Selain itu, Potassium juga membantu dalam kontraksi otot (termasuk otot jantung) dan memelihara sistem saraf.


3: Penguat memori

Ramai mungkin menganggap hanya kismis yang baik untuk menguatkan daya ingatan, namun hakikatnya kurma juga tidak kurang hebatnya. Ianya amat sesuai buat kanak-kanak yang sedang membesar.


4: Baik untuk wanita mengandung / bersalin

Terbaca dalam sebuah laman web yang mana buah kurma amat baik untuk wanita mengandung dan akan memudahkan wanita tersebut ketika melahirkan anak dengan mengurangkan pengaliran darah semasa proses kelahiran. Malah anak yang dilahirkan kelak dipercayai akan mempunyai sifat-sifat yang baik, penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya (Sabda Rasulullah). Masih ingat kisah Maryam yang hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS? Menerusi malaikat Jibrail, Allah telah mewahyukan kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya menggegar pohon kurma sehingga gugur lantas memakannya tatkala lemah selepas bersalin.

“Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak,”
                                                                                                               Surah Maryam, ayat 25   


Selain daripada khasiat-khasiat utama di atas, terdapat juga beberapa khasiat sampingan berkaitan kurma. Kenapa aku perlu mengasingkan khasiat-khasiat berikut sebagai “khasiat sampingan”? Ini kerana kebanyakkan daripada khasiat-khasiat berikut masih belum disokong oleh mana-mana kajian saintifik, namun dipercayai memiliki khasiat tersebut.

Penawar Racun – Diriwayat oleh Aishah r.a., “Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.”

Merawat penyakit – Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus seperti serbuk teh. Ianya direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

Menambah Tenaga Seksual – ramai yang berpendapat, namun masih belum disokong oleh mana-mana kajian saintifik.

Mengubati gangguan usus dan sembelit – ketidakserasian dengan gluten menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Kurma mencegah ini dari berlaku.

Mengatasi masalah insomnia

Meredakan Tekanan Darah



SuSuSejat

1 comment :

  1. tu la, kadang-kadang sahur dengan kurma pun leh steady sampai berbuka

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

exchange bloglist