4Lo6tkEvBVv3ZgCOiTpUbnOmMWU buatbest: Mabuk Punya Pasal, Kereta BMW Dijadikan Kolam Renang


Klik Iklan Untuk Info



Saturday, 27 July 2013

Mabuk Punya Pasal, Kereta BMW Dijadikan Kolam Renang


Kerana terlalu kreatif, kereta pun boleh dijadikan kolam renang..Inilah yang berlaku kepada sebuah kereta BMW yang telah diubahsuai oleh lelaki mabuk di Berlin..


Dilaporkan lelaki Jerman itu telah mengubahsuai kereta BMW tersebut dengan menutup segala ruang yang terdapat pada kereta sebelum mengisi air sehingga menjadikannya sebagai kolam renang bergerak semata-mata digunakan untuk pergi mandi ke sebuah sungai..!

Kejadian tersebut disedari oleh seorang pegawai trafik yang sedang bertugas mengawal lalulintas apabila menyedari terdapat sebuah kereta yang tidak bernombor plat kelihatan mengeluarkan air ketika sedang membelok di persimpangan jalan..


Dia yang mengekori kemudiannya terkejut apabila melihat kenderaan yang dinaiki 4 orang lelaki tersebut dipenuhi air selepas di "park"..Kesemua lelaki tersebut dilihat turun menuju ke sebatang sungai untuk mandi-manda hingga salah seorang daripada lelaki tersebut kembali semula ke kereta untuk mengambil dompet dan pakaian sebelum ditahan..

Penahanan kesemua lelaki tersebut membongkar kepada keadaan mereka yang sedang mabuk..Mereka akhirnya ditahan atas kesalahan memandu ketika mabuk, ubahsuai kenderaan, melanggar lalu-lintas dan keselamatan jalanraya dan beberapa kesalahan lain lagi..


2 comments :

  1. mercedes tu, penangan mabuk, macam-macam perkara boleh buat tanpa sedar

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

exchange bloglist