4Lo6tkEvBVv3ZgCOiTpUbnOmMWU buatbest: Pasangan Bertengkar Hingga Berbogel Di Tengah Jalan


Klik Iklan Untuk Info



Saturday, 27 July 2013

Pasangan Bertengkar Hingga Berbogel Di Tengah Jalan


Kebiasaannya, pasangan yang bertengkar di tempat umum mungkin sudah biasa dilihat..Tapi bagaimana pula ceritanya pasangan ini yang bertengkar di tempat awam, tengah jalan raya sambil membuka pakaian mereka satu persatu  hingga benar-benar bogel tanpa seurat benang..LoL..




Pasangan yang tidak diketahui itu kelihatan berdiri di tengah-tengah jalan sambil bertengkar..Dipercayai, pasangan muda itu menemui satu-satunya cara untuk meredakan pertengkaran mereka iaitu dengan menanggalkan pakaiannya..!

Si lelaki dilihat yang pertama membuka pakaiannya, kemudian si perempuan mengikutinya..Mereka tidak mempedulikan orang ramai dan kenderaan yang sedang sibuk lalu-lalang di jalan tersebut yang terletak di Dongguan, Provinsi Guangdong, China..

Apa yang menakjubkan, hanya sedikit sahaja orang yang menyaksikan adegan 'bertengkar dan berbogel' itu walaupun ketika si perempuan kelihatan sedang berdiri telanjang bulat di tengah jalan..Mungkin juga kerana sifat tidak mahu mencampuri urusan orang lain seperti kebiasaan yang dilakukan oleh warga China..

Seorang saksi bernama Jiang Dayu bagaimanapun sempat merakankan gambar aksi adegan bertekak antara pasangan tersebut melalui telefon bimbitnya..

"Pasangan itu kelihatan bertengkar di tepi jalan pada mulanya sebelum merebak hingga ke tengah jalan," kata Jiang.." Mereka kelihatan tidak mempedulikan keadaan lalu lintas meskipun orang ramai membunyikan hon dan bergerak perlahan berhampiran mereka.."   
(Daily Mail,(24/7/2013). 

Walaupun pertengkaran diantara pasangan tersebut berlangsung "panas", pasangan itu kemudiannya dilihat berjaya menyelesaikan perselisihan diantara mereka selepas berbogel di tengah-tengan kesesakan jalan raya itu dengan kedua-duanya saling memeluk antara satu sama lain walaupun si perempuan masih lagi tidak mengenakan pakaiannya tapi terus berjalan bogel ~Hilang akal agaknya..LoL~


3 comments :

  1. buang tebiat betul gaduh sampai nak bogel-bogel

    ReplyDelete
  2. pelik-pelik manusia zaman sekarang..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

exchange bloglist