4Lo6tkEvBVv3ZgCOiTpUbnOmMWU buatbest: Video Hina Islam: Kontroversi Takbir Raya Bersama Anjing


Klik Iklan Untuk Info



Thursday, 1 August 2013

Video Hina Islam: Kontroversi Takbir Raya Bersama Anjing


Kontroversi sebuah video hari raya berjudul: 1 Hari Di Hari Raya yang dikatakan menghina islam kerana memaparkan lakonan seorang individu bersama beberapa ekor anjing dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri..



Apa yang membuatkan ramai orang marah apabila dalam video tersebut memaparkan si pelakon membasuh kaki anjing (turut kelihatan si pelakon membasuh kaki sendiri seperti sedang mengambil wudhuk), mengelap anjingnya sebelum sebelum anjing-anjing tersebut dihidangkan dengan kuih raya sambil diiringi oleh ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri..


SHAH ALAM - Individu yang melakonkan aksi sambutan hari raya bersama anjing dalam satu video kontroversi menafikan bahawa tindakannya itu merupakan satu penghinaan kepada Islam.

Memetik laporan Malaysiakini, Maznah Mohd Yusof, 38 atau lebih dikelani sebagai Chetz berkata, beliau berasa sedih kerana video berkenaan disalah tafsir.

“Saya sayang agama saya. Saya fikir orang perlu belajar mengenai agama mereka dulu dan tidak membuat tafsiran salah mengenai video saya yang dibuat tiga tahun lalu," katanya.

Jurulatih anjing tersebut berkata, beliau membersihkan dirinya dan anjing berkenaan dalam video berkenaan kerana agama Islam menurutnya menganjurkan kebersihan.

Maznah berkata, beliau juga sedih kerana imam masjid berhampiran kawasannya juga marah dengan video berkenaan.

“Sebagai seorang pemimpin agama, tidakkah dia tahu mengenai undang-undang Islam? Sepanjang pengetahuan saya, agama saya tidak menghalang saya daripada membela atau menjaga anjing,” katanya.

Maznah menambah, jirannya yang beragama Islam kini tidak berpuas hati walaupun mereka sebelum ini tiada masalah dengan tindakannya membela anjing.

"Video ini dibuat tiga tahun lalu, kenapa jadikannya sebagai isu sekarang?

"Saya percaya ini berkaitan dengan kes blogger Alvin Tan dan Vivian Lee... sebab pada awalnya, mereka yang menonton video tersebut menyangka saya seorang Cina,” katanya yang merujuk kepada pasangan blogger seks yang didakwa ekoran satu video didakwa menghina Islam.

Beberapa komen di Facebook tentang isu ini

Sementara itu, semalam, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diarah menggambil tindakan terhadap penyebaran video yang dikatakan menghina Islam bertajuk '1 Hari Di Hari Raya' yang disiarkan dalam laman YouTube.
 
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata, SKMM telah diarah menyegerakan siasatan terhadap pemilik video yang dianggap boleh mengganggu sensitiviti Islam itu.
 
"Saya menerima banyak pertanyaan mengenai hal ini walaupun SKMM belum menerima sebarang laporan mengenainya. Oleh itu, saya telah mengarahkan SKMM menggambil tindakan untuk menyiasat video itu," katanya.
 
Video itu menunjukkan seorang individu membawa tiga ekor anjingnya bersiar-siar dekat perkarangan masjid dengan suara latar Takbir Raya.
 
Rakaman berdurasi 1 minit 44 saat itu turut menunjukkan individu itu memakai Baju Melayu hitam membasuh kaki anjingnya, kemudian seolah mengambil wuduk dengan membasuh kakinya pula dan mengelap anjingnya sebelum menyediakan kuih raya untuk tiga ekor anjing itu.

Video itu juga menyiarkan kata-kata "Raikanlah Aidilfitri bersama-sama, tanpa mengira spesies, warna dan asal-usul (dengan menunjukkan gambar tiga anjing itu).


Seorang wanita yang juga pelakon dalam video tersebut dikenali sebagai Maznah menafikan tindakan yang dilakukannya menghina kesucian agama islam dan turut berasa sedih kerana video tersebut telah disalah ertikan oleh masyarakat..

Laporan yang dipetik dari sinar harian 


Video Kontroversi oleh Chetz Yusuf: 1 Hari Di Hari Raya

Apapun mungkin maksud Respect kepada binatang yang ingin disampaikan oleh tuan punya anjing ini tidak kena pada caranya hingga membuatkan masyarakat islam marah sangat padanya..tambahan pula selepas isu yang masih lagi panas, gambar berbuka puasa bersama Bakuteh oleh blogger seks Vivian Lee dan Alvin Tan sebelum ini..



No comments :

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

exchange bloglist