4Lo6tkEvBVv3ZgCOiTpUbnOmMWU buatbest: Pencuri Digantung Di Dinding Selepas Ditangkap


Klik Iklan Untuk Info



Sunday, 1 September 2013

Pencuri Digantung Di Dinding Selepas Ditangkap



Seorang pencuri digantung selama lima jam di sebatang jalan yang sesak..Hukuman gantung tersebut dilakukan selepas si pencuri didapati mencuri sejumlah barangan berharga..

Pencuri berusia 34 tahun itu, tangannya diikat ke belakang punggung, matanya ditutup kain, dan lehernya dimasukkan ke tali gantung selepas dia ditangkap mencuri iPad, jam tangan, laptop dan dua telefon bimbit..Bagaimanapun hukuman tersebut tidaklah sehingga menyebabkan lelaki tersebut mati..

Lelaki tersebut ditangkap oleh sekumpulan pengawal keselamatan ketika sedang memanjat sebuah apartment sebelum digantung di sebuah dinding setinggi 20 kaki....



Pengawal keselamatan yang melakukan hukuman tersebut bagaimanapun disoal siasat oleh pihak polis Wuhan, Wilayah Hubei, China kerana tindakan sendiri yang dilakukan oleh mereka (dailymail 27/8/13)..

”Tidak kira apa pun yang dilakukannya, mereka tidak boleh "menggantung" pencuri tersebut di tempat awam,” kata pihak berkuasa..

Pencuri tersebuat akhirnya ditahan di lokap polis..Hukuman yang dilakukan oleh pengawal keselamatan tersebut disokong oleh penduduk apartment dengan menyatakan bahawa cara tersebut mampu untuk menyedarkan pencuri lain agar tidak melakukan perkara yang sama walaupun ianya bertentangan dengan undang-undang..


1 comment :

  1. nampak sanagt berseni orng yg kena gantung tu..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

exchange bloglist