4Lo6tkEvBVv3ZgCOiTpUbnOmMWU buatbest: Mayat Mati Kemalangan Lumba Haram Jadi Tontonan Untuk Lepas Geram


Klik Iklan Untuk Info



Friday, 18 October 2013

Mayat Mati Kemalangan Lumba Haram Jadi Tontonan Untuk Lepas Geram


Beginilah cara yang dilakukan oleh penduduk yang geram dan pihak berkuasa China, membiarkan mayat lelaki yang mati lumba haram ditengah-tengah jalan untuk dijadikan tontonan umum selepas kemalangan ngeri jalanraya berlaku..




Mayat Lung dibiarkan diatas jalanraya..

Dikenali sebagai Tao Lung, 28, dia yang memandu Jaguar F-Type berharga £79,000 (RM400,026) mati tercampak keluar sebelum digilis kenderaan lain selepas terbabit dengan kemalangan jalanraya ketika sedang berlumba haram dengan memandu pada kelajuan 240km sejam..

Dia yang memandu laju di kota Kunming, wilayah Yunnan, China terlebih dahulu melanggar sebuah kereta yang keluar dari kawasan perumahan sebelum terbabas dan melanggar pokok hingga tercampak..

Penduduk sekitar yang bosan dengan aktiviti lumba haram tersebut menyatakan pihak polis gagal untuk mengambil tindakan terhadap orang kaya yang berlumba di jalan tersebut sebelum ini..

Pihak polis yang tiba dikatakan sengaja tidak menutup mayat mangsa yang mati, sebaliknya hanya membiarkannya terdedah untuk dilihat oleh orang ramai selepas kemalangan maut itu..

“Mereka mungkin mahu menyampaikan mesej bahawa berlumba secara haram di jalan raya menyebabkan padah seperti itu..Kerana itu mereka membiarkan saja mayat itu bergelimpangan,” ujar seorang penduduk..

No comments :

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

exchange bloglist