4Lo6tkEvBVv3ZgCOiTpUbnOmMWU buatbest: Metallica Adakan Konsert Di Benua Antartika Disember Ini


Klik Iklan Untuk Info



Sunday, 27 October 2013

Metallica Adakan Konsert Di Benua Antartika Disember Ini


Kumpulan heavy metal, Metallica mengumumkan mereka akan mengadakan persembahan di Antartika buat pertama kali dalam konsert tanpa menggunakan sistem amplifier.."Selepas lebih 30 tahun bersama, kami bernasib baik dapat mengunjungi setiap pelosok dunia kecuali satu (Antartika)," kata kumpulan heavy metal Amerika Syarikat itu di laman webnya Khamis lalu.

"Semua itu akan berubah kerana kami akan bergerak ke Antartika, satu-satunya benua yang belum pernah merasai persembahan Metallica sehingga kini," tambah kenyataan tersebut.

Konsert itu akan berlangsung pada 8 Disember depan berhampiran pangkalan helikopter dan di dalam kubah di pangkalan Carlini milik Argentina.

Antartika, benua ais yang didiami oleh hidupan seperti penguin kerana suhu yang terlampau sejuk

Persembahan tersebut unik kerana ia akan dipancarkan kepada penonton menggunakan fon kepala tanpa melibatkan sistem amplifier.

Peminat yang mahu menonton konsert itu perlu menyertai satu peraduan anjuran Coca-Cola Zero yang akan dilancarkan di Argentina, Chile, Colombia, Costa Rica dan Mexico hujung bulan ini.

Menurut majalah Rolling Stone, konsert Metallica tersebut merupakan yang kedua di Antartica.

Konsert pertama di benua ais berkenaan diadakan pada tahun 2007 oleh kumpulan rock, Nunatak.
Link

*Ada manusia ke yang nak datang tengok konsert kat tempat yang asing (antartika) ni ?


No comments :

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

exchange bloglist