4Lo6tkEvBVv3ZgCOiTpUbnOmMWU buatbest: Ngeri: Potong Kepala Abang Simpan Dalam Peti Sejuk


Klik Iklan Untuk Info



Friday, 4 October 2013

Ngeri: Potong Kepala Abang Simpan Dalam Peti Sejuk


Dia bunuh abang sendiri hingga mati menggunakan tukul besi, potong beberapa bahagian badan dan turut bertindak memotong kepala abangnya lalu menyimpan mayat tersebut di dalam peti sejuk selama setahun sebelum menyerah diri kerana sering dihantui perkara itu..

Gergaji yang digunakan untuk POTONG KEPALA 

Begitulah kisah seorang lelaki Sepanyol dari Mallorca yang bekerja sebagai pemotong daging yang ditahan selepas dia secara sukarela hadir di balai polis Isnin lalu untuk mengaku membunuh abangnya sendiri lapor pihak polis dalam satu kenyataan..

Pegawai polis kemudian mengiringinya ke rumah di mana mereka mendapati terdapat dua peti ais yang mempunyai tulang mayat serta serta beberapa bahagian-bahagian badan manusia yang dibungkus rapi bersama makanan segar..

Mayat disimpan dalam peti sejuk ini

Dia memberitahu pihak polis tentang punca dia melakukan pembunuhan tersebut dengan menyatakan bahawa mereka sering bertelingkah selepas dia mengajak abangnya tinggal di situ ketika susah dengan berkongsi rumah yang sama..

Lelaki bernama Aurele Al-manza, 48, berkata dia terpaksa membunuh Osmas (abangnya) selepas dia diserang dengan tukul besi ketika itu dan dia cuba bertindak untuk mempertahankan diri..

Selepas abangnya mati, dia potong beberapa bahagian tubuh badan tersebut untuk dimasukkan ke dalam peti sejuk..Bagaimanapun dia tidak dapat mengingati dengan tepat bila perkara tersebut berlaku..Kejamnya dunia~



1 comment :

  1. Gaduh-gaduh pun x payah lah sampai mcm ni.. apa punya manusialah. kalau kemudian hari susah sapa nak tolong dia. ni tak bukan pengaruh movie!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

exchange bloglist