4Lo6tkEvBVv3ZgCOiTpUbnOmMWU buatbest: Wanita Dijatuhkan Hukuman Sebat Kerana Menaiki Kereta Dengan Lelaki


Klik Iklan Untuk Info



Friday, 4 October 2013

Wanita Dijatuhkan Hukuman Sebat Kerana Menaiki Kereta Dengan Lelaki


Video yang menunjukkan seorang wanita Sudan telah dijatuhkan hukuman sebat dikhalayak ramai selepas dia didapati bersalah menaiki sebuah kereta bersama seorang lelaki yang tiada kaitan persaudaraan dengannya..

Video ini dipercayai telah diambil di Khartoum, ibu negara Sudan menunjukkan wanita itu disebat sebagai hukuman selepas dia ditangkap menaiki kereta dengan seorang lelaki yang bukan suaminya mahupun saudaranya, suatu kesalahan berat yang dilarang oleh undang-undang Sudan..

Di dalam video tersebut jelas kelihatan seorang pegawai polis lelaki melaksanakan hukuman sebat seorang wanita di pinggir jalan dengan disaksikan orang ramai yang melihat hukuman tersebut dijalankan di bawah undang-undang syariah..

Wanita yang dilaporkan bernama Halima duduk di atas tanah dan cuba untuk menutup kepalanya dengan tudung merah jambu manakala seorang pegawai polis melakukan hukuman sebat di belakang badan wanita tersebut..

Dalam video itu, kedengaran seorang pegawai polis memberi amaran kepada wanita itu :

 " Ini hukuman supaya anda tidak masuk ke dalam kereta lagi."

Video tanpa nama tersebut dilaporkan dihantar kepada wartawan, yang muat naik bulan lepas..

Gabenor Khartoum , Abdul Rahman Al Khidir, dilaporkan berkata bahawa dia tidak berfikir hukuman sebatan itu dijalankan dengan sepatutnya, tetapi dia masih menganggap wanita berhak dihukum mengikut undang-undang Shar'ia tersebut menurut New York Daily News..

Undang-undang syariah mula dilaksanakan sejak dari tahun 1991 lagi di Sudan..Perkara 152 kod jenayah Sudan menetapkan bahawa apa-apa kelakuan atau pakaian yang melanggar kesopanan awam boleh dijatuhi hukuman dengan 40 sebatan..


Video wanita Sudan yang dikenakan hukuman sebat


No comments :

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

exchange bloglist