4Lo6tkEvBVv3ZgCOiTpUbnOmMWU buatbest: Restoran Bertema Tandas Di Amerika Jadi Pilihan Ramai


Klik Iklan Untuk Info



Friday, 1 November 2013

Restoran Bertema Tandas Di Amerika Jadi Pilihan Ramai


Tandas dan makanan bukanlah kombinasi yang sesuai..Namun itu kombinasi inilah yang dipilih dan menjadi salah satu tarikan menarik salah satu konsep restoran di Los Angeles, Amerika Syarikat..Sebabnya, restoran The Magic Restroom menjadikan konsep tandas sebagai tempat makan para pengunjung..




Restoran bertemakan tandas ini memang bukan yang pertama di dunia, sebelum ini Taiwan turut pernah melaksanakan konsep ini..Idea mengamalkan konsep tandas sebagai meja makan tersebut ternyata berjaya menarik perhatian warga Amerika..

Restoran yang baru sahaja dibuka pada hari Jumaat ( 18/10/2013 ) mendapat tarikan dari ramai orang..Pihak media turut datang melihat keunikan restoran yang tersebut..

"Setakat ini sambutannya sangat bagus" ujar waiter The Magic Restroom, Daniel Chyan.." Restoran selalu penuh sehinggakan ada pelanggan yang sanggup menunggu di lobi" ujarnya..


Restoran ini bukan hanya dihias dengan hiasan mangkuk jamban..Pemilik restoran juga turut mendekorasikan menu makanannya dengan nama dan hidangan bertemakan tandas..Sebagai contoh nama black poop digunakan untuk menyebut sundae coklat, smells like poop untuk menyebut daging babi bercampur nasi dan bloody number two untuk sundae vanila dan strawberry..

"Mulanya agak pelik, tapi makanannya sangat sedap..Kami seronok makan di sini," ujar salah seorang pelanggan, Denesse Elias.."Namanya agak aneh tetapi apabila aku tahu konsepnya tandas, aku tertarik.." ujar seorang pengunjung lain..

Seorang pelancong asing dari Perancis, Marjorie Decriem turut mengaku jatuh hati dengan restoran unik ini.. Dia turut juga mengaku agak sukar untuk memilih menu kerana semua makanan terlihat 'menggiurkan'.. "Bukan hanya tempatnya yang menarik, menunya juga lazat..Aku rasa teman-temanku harus tahu tentang tempat ini" tambahnya lagi..


No comments :

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

exchange bloglist