4Lo6tkEvBVv3ZgCOiTpUbnOmMWU buatbest: Lelaki Mencuri Benang Kaabah Semasa Umrah [Video]


Klik Iklan Untuk Info



Monday, 3 March 2014

Lelaki Mencuri Benang Kaabah Semasa Umrah [Video]


Dalam video yang berjaya dirakam secara sulit ini kelihatan lelaki mengoyak benang Kaabah, di fahamkan kejadian seumpama ini berlaku semasa musim mengerjakan umrah..


Kesucian Kaabah sejak akhir-akhir ini telah di cemari dengan segelintir umat Islam yang mengambil kesempatan mencuri cebisan kain Kaabah yang di carik kecil untuk dibawa pulang sebagi kenangan atau tangkal.

Kebiasaanya orang akan membawa pulang air zam-zam sebagai kenangan pulang dari umrah, tetapi mencuri dan menjadikan cebisan kain dan benang kaabah dianggap luar biasa dan mencemari kesucian Kaabah itu sendiri.

Seorang ulama ternama, Nabil al-Awadi, mengatakan amalan tersebut dilarang dan mendesak para jemaah untuk berhenti mengambil benang daripada kain penutup Kaabah.

"Mengoyakkan benang dari Kaabah adalah haram (dilarang) dan berbahaya bagi penutup Kaabah, walaupun para jemaah melakukannya dengan niat baik, tapi mereka membuat kesalahan besar," kata Al-Awadi.

"Sebenarnya, kain penutup itu mendapat berkat dari tembok Kaabah, tapi benang di kain itu tidak mengandungi berkat apapun," katanya lagi.

Kononnya kiswah atau cebisan kain Kaabah dan benang Kaabah ini mampu dijadikan azimat sebagai pelaris perniagaan atau pelindung. Kisawah atau cebisan kain Kaabah serta benanag Kaabah yang di curi ini biasanya berukuran panjang 6cm dan lebar 4cm. Biasanya saiz sebigini boleh di jual dengan harga RM 380.00 setiap satu.


FENOMENA TANGKAL :

Satu fenomena yang amat membimbangkan di kalangan umat Islam hari ini adalah kerapuhan aqidah yang meruncing. Ini antaranya dapat dilihat melalui suburnya amalan-amalan khurafat, tahayyul, bid’ah dan syirik.

Di antara contoh mudah yang dapat kita perhatikan adalah suburnya amalan tangkal dan pelaris. Kunjungi dan singgahlah di mana-mana kedai makan orang Melayu atau Mamak, sebahagian besar dari mereka pasti ada menggantung sesuatu di bahagian dinding berdekatan kaunter bayaran.


Biasanya berukuran panjang 6cm dan lebar 4cm



Cebisan Kiswah atau kelambu Kaabah yang di jadikan azimat


Kalau kita perhatikan baik-baik biasanya pada bahagian dinding tersebut mereka gantung dengan sesuatu mungkin sama ada berupa bingkai (frame) berisi kertas kuning atau kilat berwarna perak, gantungan kain hitam atau kuning yang diikat, gambar “wali keramat”, ayat bismillah 7, lambang khatamun nubuwwah, al-Qur’an kecil, cebisan kain kelambu ka’abah, dan benang Kaabah, tulisan-tulisan jawi berbentuk formasi aneh, “ayat 1000 dinar”, atau rajah-rajah dan simbol-simbol pelik yang hanya boleh difahami oleh pembuat tangkal.

Kalau di rumah-rumah pula, masih ramai yang menyimpan dan menggantungkan tulisan ayat al-Kursi di Masih ramai masyarakat Islam di negara kita hari ini meyakini tangkal-tangkal dan azimat-azimat tersebut mampu menarik kebaikan dan menolak mudharat.


TANGKAL TIADA MANFAATNYA :

Apabila budaya khurafat dan kepercayaan tahayyul seperti ini berleluasa, selagi itulah umat Islam akan terus dilanda kehinaan, kebodohan, kelemahan, dan kerugian. Kerana kebergantungan mereka kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala telah bertukar kepada tangkal dan azimat yang tidak mampu berbuat apa-apa tersebut. Disebabkan kejahilan, wang dibelanjakan untuk membeli syirik.

Kata Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

“Sesiapa yang menggantungkan sesuatu (berupa tangkal), maka segala urusannya akan diserahkan kepadanya (kepada tangkal).” (Hadis Riwayat Ahmad, 31/78, no. 18781. Dinilai hasan oleh Syu’aib al-Arnauth)

Sesiapa yang menggantungkan tangkal, jiwa dan hidupnya akan mudah terganggu dan tidak tenteram. Malah ia telah melakukan pula kesyirikan. Ini sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

“Sesiapa yang menggantung tamimah maka semoga Allah tidak menyempurnakan apa yang dimilikinya, dan sesiapa yang menggantungkan wada’ah, semoga Allah tidak membiarkannya dalam ketenangan.” (Majma’ az-Zawa’id, 5/175. Kata al-Haitsami, “Hadis Riwayat Ahmad, Abu Ya’la, dan ath-Thabrani, para perawinya tsiqah.”. Dinilai hasan oleh Syu’aib al-Arnauth)


MEMBUANG TANGKAL :

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah mengatakan:

“Jangan kamu tinggalkan satu kalung pun pada leher unta melainkan ianya harus dipotong.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 10/190, no. 2783)

Para ulama menjelaskan berkaitan hadis ini bahawa apa jua bentuk tali yang diikatkan pada leher unta (atau haiwan) yang padanya mengandungi kepercayaan atau i’tiqad tertentu (sebagai tangkal) maka ia wajib ditanggalkan (dihapuskan). Demikian juga pada selain itu.Wallahhu a’lam.-AlamCyber2020-


Lelaki Mencuri Benang Kaabah Semasa Umrah


No comments :

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

exchange bloglist