4Lo6tkEvBVv3ZgCOiTpUbnOmMWU buatbest: Pesawat MH 370 Terhempas Di Lautan Hindi Kerana Sebab Ini ?


Klik Iklan Untuk Info



Tuesday, 25 March 2014

Pesawat MH 370 Terhempas Di Lautan Hindi Kerana Sebab Ini ?



Pesawat Malaysia Airlines MH370 mungkin terhempas di selatan Lautan Hindi dalam misi membunuh diri, lapor akhbar Britian Daily Telegraph, memetik sumber yang enggan dikenali sebagai berkata, hari ini.

Akhbar itu menyatakan pasukan penyiasat kehilangan MH370 percaya tiada kerosakan atau kebakaran yang mampu menyebabkan penerbangan luar biasa pesawat itu.

“Sistem komunikasi pesawat yang ditutup juga tidak menyebabkan MH370 berubah haluan dan terbang secara senyap selama tujuh jam ke lautan itu,” kata akhbar harian itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak malam tadi mengumumkan lauan terakhir MH370 ialah di tengah-tengah Lautan Hindi, mengikut data satelit terbaharu diperolehi.

Seorang sumber rasmi memberitahu The Telegraph penyiasat percaya “ini adalah tindakan sengaja oleh seseorang dalam pesawat yang mempunyai pengetahuan terperinci untuk melakukan apa yang berlaku. Tiada yang mengembangkan butir itu menjadi motif.”

Ditanya mengenai kemungkinan pesawat itu mengalami kerosakan atau kebakaran dalam pesawat, sumber memberitahu The Telegraph:”Ia tidak saling berkait… (Penyiasat) meneliti proses yang diperlukan untuk menerbangkan pesawat itu di mana ia terbang selama lapan jam. Mereka mendapati ia dikendalikan dengan cara yang rasional.”

Walaupun tanpa penemuan bangkai yang dapat disahkan, Najib berkata malam tadi, data terbaharu menunjukkan MH370 mengakhiri penerbangan lapan jamnya pada 8 Mac dalam lautan, di kawasan terpencil perairan Lautan Hindi.


Data itu diberikan oleh syarikat satelit Inmarsat milik Britain dan Biro Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom.

“Ia adalah kawasan terpencil, jauh daripada daratan yang membolehkan pendaratan,” kata Najib.

Di hotel di Beijing, ada ahli keluarga yang pengsan kerana terlalu marah dan sedih mendengar berita yang paling menakutkan mereka dan nasib buruk menimpa pesawat itu.

Ada yang menerima pesanan teks daripada Malaysia Airlines.

Mereka kemudian mengecam dan mengkritik Malaysia Airlines dan Putrajaya, melabelkan kedua-duanya sebagai “pembunuh sebenar” penumpang MH370.

Tetapi sebahagiannya masih menaruh harapan, bergantung kepada kegagalan berterusan dalam mencari pesawat itu.

“Tiada bangkai yang disahkan, maka tiada penutup yang sebenar,” kata Sarah Bajc, iaitu pasangan kepada Philip Wood, warga Amerika yang berada dalam pesawat itu.

Laporan Telegraph berkata, pesawat itu masih diselubungi misteri dan salah maklumat.

MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada pukul 12.41 tengah malam pada 8 Mac menuju Beijing, hilang daripada skrin radar sejam kemudian.

Pesawat sepatutnya tiba Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.

Perdana menteri dijangka memberikan sidang akhbar pada jam 12.30 tengah hari untuk memberikan maklumat terbaharu berhubung MH370. - 25 Mac, 2014. tmi


1 comment :

  1. Gua cukup menyampah dgn Istilah "dari sumber yg enggan dikenali" ni..
    Ianya jelas melindungi kepentingan pihak yg tidak mahu dikenali itu..Ckp ajelah sumber dari Operasi Rahsia yg menjatuhkan Kapal MH 370..Rakyat Malaysia ni bkn semuanya bodoh nk menjangka angkara siapa kerja2 kotor ni..
    Mcm mana Pihak yg x mahu dikenali itu boleh buat ulasan detail seolah-olah mereka hadir pd masa kejadian pulak..Siapa boleh kesan klu Operasi itu dijalankan pd waktu malam dan teknologi apa yg mereka gunakan utk mematikan Transponder dari jarak yg hampir dgn pesawat..Psl tu Kapal itu digerakkan ke laut..Gua suspect Pesawat kita telah diekori oleh pesawat yg beroperasi spt pusat kawalan pesawat drone..mereka mengambil alih kawalan induk pesawat dari jarak yg hampir dengan mengekori pesawat malang itu dan pesawat kita digerakkan ke Lautan Hindi atas comand Komputer yg terdapat pd pesawat yg menghampirinya itu..
    Ini teori gua la klu x mau percaya pun x per..Gua cukup geram dgn statement mengatakan Pilot kita menjalanka misi bunuh diri..Org putih ni igt Pilot kita ni Jiwa kosong mcm puak2 depa nk bunuh diri ikut dan..Entah2 Pihak yg x mahu dikenali ini memberikan ulasan versi Cover up utk menutup Operasi Rahsia mereka..Dan puak yg tidak mahu dikenali ini tidak lain adalah dari Risikan Tentera yg selama ini membuat byk sabotaj atas kepentingan Mobalisasi Global mereka..Dunia akhir zaman ni adalah zaman Sytematic Chaos..Perkara yg berlaku nampak serabut ttp sbnrnya dirancang dgn penuh sistematik krn teknologi rahsia yg mereka miliki..
    Wallahua'lam..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

exchange bloglist