Wednesday 15 August 2012

Lelaki Tangan Kudung Berjaya Mencipta Tangannya Semula


Lelaki ini tidak mempunyai kedua-dua belah tangan kerana bom buatannya meletup suatu ketika dahulu dan dia akhirnya berjaya mencipta semula tangannya yang telah kudung itu..




Lelaki ini menghabiskan masa selama lapan tahun untuk mencipta prototaip tangan logam tersebut sehingga dia berjaya mencipta tangan logam yang mampu menggenggam dan memegang apa saja barang..




Lelaki China ini menghabiskan masa selama lapan tahun untuk mencipta sepasang tangan bionik selepas dia kehilangan tangannya semasa membuat bom untuk digunakan semasa menangkap ikan..

Lelaki yang dikenali sebagai Sun Jifa, 51, itu kehilangan kedua-dua belah tangannya itu apabila sebuah bom ciptaannya meletup ketika dia baru sahaja hendak meletupkan bom ikan tersebut di Guanmashan, Jilin di utara China..

Dia sangat memerlukan tangan palsu untuk meneruskan kerjanya di ladang milik keluarganya tetapi kemampuan membataskan segalanya..Hal ini menyebabkan dia mencipta sepasang "tangan baru" untuk kegunaannya sendiri..

"Saya masih hidup tetapi saya tidak mempunyai tangan dan saya tidak mampu membeli tangan palsu dari hospital, jadi saya memutuskan untuk membuat tangan palsu sendiri" katanya.. 

Tangan ciptaannya itu dikawal oleh pergerakan sikunya dan dia semakin berjaya menyesuaikan dirinya dengan tangan baru itu cuma kelemahan tangan barunya itu agak berat kerana diperbuat dari keluli..Tangan ciptaannya itu tidak tahan lama dan selesa untuk dipakai dimana ia sangat panas ketika terik juga sangat sejuk ketika musim sejuk katanya..

Dia merancang untuk membangunkan rekabentuk tangan ciptaannya untuk orang kurang upaya sepertinya dan pada masa yang sama mereka tidak perlu membayar kepada pihak hospital lagi pada masa hadapan..




15 comments:

  1. yeah..itulah..nak seribu daya,taknak seribu dalih..dmana ade kemahuan disitu ade jln,mcm Karam Singh plak ..haha
    takde tgn pn boleh bina tgn sndiri.hihi

    ReplyDelete
  2. bersyukur dengan apa dimiliki:)

    ReplyDelete
  3. daya usaha akan mendatangkan hasil. ketabahan akan memberikan kebahagiaan akhirnya.

    ReplyDelete
  4. yeah, lepas ni tak risau la nak main mercun bola...kudung, dia boley tolong buatkan... ahakz...peace..

    ReplyDelete
  5. kagum melihat kegigihan pakcik nih

    ReplyDelete
  6. wah cipta tangan sendiri..hebat..hehe

    ReplyDelete
  7. sedihnya T_T tapi dia hati dia kuat :DD

    ReplyDelete
  8. selalunya org yang gini lebih bermotivasi. pgeww

    ReplyDelete
  9. betul selagi ada kemahuan, selagi itu ada jalan. usaha hebat walaupun tak mampu dgn wang

    ReplyDelete
  10. dalam proses berusaha, wajar jika kita mengalami yang namanya putus asa, tapi ketika kita bertahan dengan kondisi itu, keberhasilan yang akan kita dapat. keep posting gan

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...