Saturday 13 October 2012

Kenapa Dia Menjilat Semua Gereja Yang Dikunjunginya?


Lelaki ini memulakan perjalannya yang jauh semata-mata mahu menjilat dinding setiap gereja yang dikunjunginya..Apa sebab dia melakukan perkara pelik dengan perjalanan yang jauh semata-mata mahu menjilat setiap dinding gereja yang dikunjunginya itu?



Seorang pekerja warisan di Britain telah memulakan hobi peliknya dengan menjilat setiap gereja Anglikan di Scotland..

Lawrence Edmonds, 27, telah bertaruh dengan kawan-kawan dimana dia telah menghabiskan masanya dengan menjilat hampir 42 buah Anglican Cathedral di England sebelum ini..Dia juga sedang merancang untuk menjilat lapan lagi gereja yang terdapat di Scotland dan lapan lagi di Ireland Utara..

Cabaran untuk menjilat setiap gereja yang dikunjunginya itu bermula sejak bulan Januari lepas dan dia cuba menghabiskan cabaran pelik itu sebelum 16 Disember yang akan datang ini..




Edmonds, yang kini tinggal di London berkata bahawa dia telah menerima banyak sokongan daripada rakan-rakan, keluarga mahupun media keagamaan untuk menjilat setiap dinding gereja yang dikunjunginya..

"Saya akan bertanya kepada orang yang tidak dikenali untuk membantu saya mengambil gambar ketika menjilat dan orang ramai berkumpul..Ia agak memalukan.." katanya..

Dia akan cuba menghasilkan buku tentang perkara pelik nya itu dan cara dia menghabiskan banyak masanya melakukan aktiviti luar biasa dengan menjilat gereja yang dikunjunginya selepas ini katanya..

Edmonds akan melawat Aberdeen Cathedral, Cathedral Dundee, Edinburgh Cathedral, Glasgow Cathedral, Inverness Cathedral, Millport Cathedral, Oban Cathedral, Perth Cathedral dalam beberapa minggu akan datang kerana dia cuba untuk melakukan aktiviti peliknya itu sebelum tarikh akhir Disember ini..


Source: Cathedrallicking & PakistanToday

3 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...