Gambar 2 Penjenayah Ditembak Mati Di Melaka..Polis telah menembak mati dua orang lelaki dalam satu kejadian berbalas tembak berhampiran persimpangan lebuh SPA dan AMJ.
Suspek yang menaiki sebuah kereta myvi dilihat mencurigakan oleh polis. Polis menghampiri kereta berkenaan sebelum memperkenalkan diri sebagai polis bersama jaket polis yang dipakai bagi melambangkan diri sebagai anggota polis.
Polis terpaksa mempertahankan diri apabila terdengar bunyi letupan dan salah seorang dilihat menghalakan sepucuk ke arah polis. Berlaku tembak menembak sebelum polis mengesahkan keadaan selamat.
Apabila siasatan dibuat ditemui dua mayat lelaki india bersama 2 pucuk pistol.
Siasatan juga mendapati kedua-dua mempunyai rekod jenayah dan salah seorang daripadanya mempunyai 10 rekod jenayah dan amat dikehendaki oleh polis.
terima balasannya
ReplyDeleteisi tabung save 22
http://www.noormalashahar.com