Monday 30 July 2012

Budak 5 Tahun Ditemui Hidup Dengan Lembu


Di daerah Solikamsk, Russia, seorang kanak-kanak berusia 5 tahun dijumpai hidup dengan lembu dan hanya tahu berkomunikasi dengan bunyi "moo" sahaja seperti bunyi seekor lembu. Jurucakap polis mengesahkan bahawa kanak-kanak itu yang tidak mempunyai nama itu lebih suka minum susu dari periuk dan tidak tahu makan dengan betul..




Dia ditemui dikawasan pergunungan Ural ini.

Gadis itu telah diselamatkan oleh polis Russia selepas jirannya di pergunungan Ural di kawasan luar bandar itu membuat laporan..Kanak-kanak itu dikatakan dikurung oleh ibu dan bapa tirinya yang juga petani di dalam sebuah stor dan ketika dijumpai dia tidak memakai sebarang pakaian dan hanya ditemani oleh lembu-lembu disitu. Dia yang tidak dihantar ke sekolah dikurung selepas bangun dan hanya dapat bermain dengan puntung rokok. Kanak-kanak itu kini telah ditempatkan dengan keluarga angkatnya.


Ini bukanlah kes pertama yang berlaku di Russia, dimana sebelum ini seorang lagi kanak-kanak berusia 5 tahun telah dijumpai dibesarkan dengan sekumpulan anjing di Chita pada tahun 2009. Kanak-kanak itu yang benama Natasya Mikhailova secara puratanya hanya sebesar budak berusia 2 tahun itu hanya tahu menyedut makanan menyalak untuk berkomunikasi.


DailyMail

3 comments:

  1. anak manusia minum susu lembu jugak...
    mo..mo...:)

    ReplyDelete
  2. mo..mo...
    lembu2 mooo

    hehehe


    follow sini...tngok blog awk..jgn mrah
    lolitafinola.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. mak bapak dia pun IQ mcm lembu jugak.....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...