Tuesday 7 August 2012

Menakjubkan..! Keldai Ini Boleh Melukis, Lukisannya Mampu Dijual Lebih 100 Pound..!



Amat menakjubkan..Dengan memberikan berus lukisan kepadanya, seekor keldai di Bristol ini boleh menyiapkan sebuah karya lukisan kanvas yang mampu dijual lebih daripada 100 Pound setiap lukisannya..



Keldai ini juga telah diajar untuk menendang bola dan juga bercium..




Keldai yang diberikan nama Patty ini tinggal di Horse World Visitor Centre di Bristol dan di jaga oleh seorang wanita bernama Greenslade..Keldai ini dikatakan sering mengambil apa sahaja barangan yang ada disekelilingnya dengan menggunakan mulut pada asalnya..

Greenslade, 26 tahun mengambil keputusan untuk melatih keldai ini melukis di atas kanvas..Tidak diduga keldai ini akhirnya mampu untuk membuat karya lukisan dengan mengambil masa hanya 3 minggu sahaja..!
Greenslade yang juga penolong pengurus di Horse World itu berkata, setiap lukisan yang berjaya disiapkan dalam masa 10 minit oleh keldai itu mampu untuk dijual pada harga 100 Pound..!!

Karya seni Patty ini dijual di sebuah galeri seni di pusat membeli-belah yang sibuk di Bristol, Cabot Circus dan pembeli diminta membuat sumbangan 60 Pound untuk lukisan tersebut..Selain itu sebanyak 60 patung berbentuk kuda juga telah dicat oleh Patty..


News Agency

5 comments:

  1. wei biar betik ni!

    ReplyDelete
  2. Erk...Tengok lukisan dia cam conteng2 je xD

    ReplyDelete
  3. memang keldai yang ajaib juga

    ReplyDelete
  4. sis datang balas follow..thanks singgah blog sis ya....

    ReplyDelete
  5. Fantastico!! buona giornata...ciao

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...