Sunday 5 August 2012

Tasik Ikan Salmon Terbesar Dunia


Terletak 1250 km timur jauh Russia, Kamchatka merupakan tempat terbesar kepelbagaian pembiakan ikan salmon di dunia..Tasik Kurilskoe yang menggabungkan 9 sungai, 24,000 km persegi, merupakan tasik habitat ikan salmon terbesar dunia dan semakin berkembang dari hari ke hari..








Beruang coklat banyak terdapat disini..mudah bagi beruang ini untuk mendapatkan ikan salmon..


Beruang-beruang ini tidak perlu bersaing untuk terus hidup..Beberapa ekor beruang duduk di tempat yang sama ketika mencari makanan..


Hampir enam spesis ikan salmon pasifik mudah dijumpai di sini..Ahli biologi menganggarkan bahawa terdapat hampir 1/6 suku salmon Pasifik berasal dari sini..

Distiharkan sebagai tasik warisan dunia, pemburuan secara haram tidak dibenarkan disini..Sebelum ini pemburuan ikan salmon sangat serius berlaku dan kerajaan Russia terpaksa menguatkuasakan undang-undang tersebut..

Kamchatka merupakan satu-satunya tempat terakhir dimuka bumi yang selamat untuk ikan salmon dengan kepelbagaian spesis salmon yang boleh didapati di sini..

Tidak banyak pelancong yang mampu untuk datang kesini kerana ia memerlukan kos yang tinggi untuk datang menikmati tempat yang menarik dibumi ini..Untuk datang ke sini sahaja seseorang itu perlu menaiki helikopter dan ianya mengambil masa sehingga 2 jam..! Bayangkan berapa kos yang perlu dikeluarkan..


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...