Saturday 3 November 2012

Budak Kecil Mati Pada Tahun 1920 Tapi Mayat Macam Tengah Tidur !


Jika dilihat betul-betul pun anda pasti menyatakan bahawa kanak-kanak berusia dua tahun ini sedang tidur..Sebenarnya jangkaan anda salah sama sekali..! Budak perempuan ini sebenarnya telah meninggal dunia pada tahun 1920 tetapi keadaannya seperti sedang tidur ! Tidak percaya ?








Kubur bawah tanah ini sudah berusia hampir 500 tahun..Terdapat hampir 8000 mayat 'hidup' lengkap berpakaian di perkuburan bawah tanah ini yang dipelihara dengan baik..Kesemua mayat tersebut dipamerkan kepada orang ramai yang melawat setiap hari..Tidak dapat dipastikan bagaimana kesemua mayat tersebut masih lagi utuh walaupun sudah berdekad lamanya di pamerkan..

Kira-kira 500 tahun yang lalu Biara Capuchin Catacombs yang terletak di Palermo, Italy, merupakan perkuburan bawah bawah tanah yang menempatkan pengebumian golongan bangsawan dan juga pembantu mereka..Keadaan mayat yang masih lagi dalam keadaan baik menjadi misteri kerana mengandungi pengawet misteri yang membantu mengekalkan keadaan mayat yang mati sehingga kini..

Mayat manusia atau mumia tertua bertarikh pada akhir abad ke-16 yang bernama Fra Silvestro da Gubbio, salah satu daripada sami-sami ataupun ketua agama yang meninggal dunia pada tahun 1599..

Rosalia Lombaro

Mayat terakhir yang disemadikan dengan cara diawet di sini adalah Rosalia Lombaro yang berusia 2 tahun ketika meninggal dunia pada tahun 1920.. Mayat Rosalia masih kelihatan begitu hidup sehinggakan masyarakat  tempatan menggelar beliau "Sleeping Beauty" kerana mayat nya tak reput..

Pelawat yang menziarahi perkuburan bawah tanah ini yang dibuka setiap hari boleh bersiar-siar melalui koridor dimana badan-badan mayat yang diawet dengan sempurna tersusun di dinding seperti keadaan masih hidup dengan menjadi misteri kerana tidak diketahui bahan awet apa yang digunakan oleh bangsa Siiliacn tersebut sehinggakan mayat kelihatan sangat ' hidup '..!


Artikel Berkaitan: Mayat Pasangan Mati Berzina Melekat !  



2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...