Sunday 11 November 2012

Burger Pertama Dilancarkan Ke Angkasa Lepas


 Lima pelajar dari Harvard telah melancarkan sebiji burger ke angkasa lepas menggunakan sebuah belon panas..Bunyinya agak pelik tapi inovasi yang dilakukannya oleh mereka itu akhirnya berjaya dimana burger itu akhirnya berjaya mendarat semula ke bumi selepas berada pada ketinggian maksimum altitud 30,000 meter..!


Pelancaran burger ke ruang udara angkasa dilakukan oleh mereka pada 27 Oktober lalu dari Sturbridge, Massachusetts..Buger tersebut di lepaskan ke angkasa bersama-sama dengan sebuah kotak yang mengandungi Hero GoPro dan juga sebuah telefon bimbit HTC Rezound..



Burger tersebut akhirnya mencapai ketinggian maksimum 30,000 meter ruang stratosfera yang cukup tinggi dan video diruang udara angkasa tersebut dirakam..

Burger tersebut mendarat kira-kira 130 kilometer jauhnya di Byfield, Massachusetts sebelum terperangkap 100 kaki di atas pokok..Mereka cuba menurunkan burger yang tersangkut itu dengan menggunakan panah tetapi akhirnya berjaya diturunkan setelah mengupah seorang lelaki dengan memanjat pokok..



1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...