Bangkai pesawat Kittyhawk P40 telah ditemui dalam keadaan sempurna oleh pekerja carigali minyak dari Poland awal tahun ini di Mesir, 70 tahun selepas ia terhempas dan hilang..Mayat yang dijangkakan sebagai pengendali pesawat perang tersebut dijumpai 3 kilometer dari bangkai pesawat lapor media..
Factory Stem pada badan pesawat ketika dikeluarkan
Beberapa peralatan kawalan pesawat bertaburan di sekeliling kawasan
Bangkai pesawat masih kelihatan agak baik ketika dijumpai
Kesan tembakan pada badan pesawat
Enjin pesawat perang tersebut
Keadaan dalam kokpit pesawat
Peluru yang masih elok dijumpai di pesawat tersebut
Sarjan Dennis Copping
Tulang dan payung terjun ditemui berhampiran pesawat ini yang terhempas di gurun Sahara 70 tahun lalu..
12 tulang manusia ditemui tiga kilometer dari bangkai pesawat perang yang dikatakan milik Sarjan Dennis Copping..
Cebisan payung terjun yang masih dapat dilihat dengan jelas
Payung terjun itu ditemui bersama-sama sekeping logam bertarikh 1939 sejauh 3 kilometer dari kawasan pesawat perang yang terhempas di tempat kejadian pada tahun 1942..Satu fob keychain dengan nombor 61 di atasnya juga telah ditemui berhampiran mayat yang jauh dari bangkai pesawat itu..
Encik Pryor-Bennett
Siasatan DNA dijalankan dengan Encik Pryor-Bennett, 62 selaku anak saudara Sarjan Dennis Copping akan menjalani ujian pengesahan DNA..
"Saya terkejut dengan penemuan tulang disyaki bapa saudara saya itu yang dijumpai dalam keadaan masih berbaring di padang pasir.." kata Pryor-Bennett..
"Dia hilang sudah begitu lama sejak sebelum saya dilahirkan..Ibu dan nenek dulu sering bercerita tentang bapa saudara saya ini yang merupakan seorang pemuda yang bagus..Beliau telah berkhidmat kepada negara..
Penemuan pesawat perang yang dikendalikan oleh Sarjan Dennis Copping ini merungkai misteri kehilangannya selama ini setelah 70 tahun hilang sejak tersasar dan menyimpang keluar hingga jauh ke padang pasir..
Terdapat bukti yang menyatakan Sarjan Copping terselamat dalam kemalangan itu selepas terhempas dan membuat perlindungan sementara menggunakan payung terjun milik beliau selepas itu kira-kira tiga kilometer dari pesawat yang terhempas..
Apa yang kesiannya, percubaan dia untuk terus hidup hanya sia-sia kerana dia akhirnya meninggal dunia ketika cuba keluar dari padang pasir tersebut dalam keadaan cedera..
Mungkin ketika itu keadaan cuaca dan bekalan makanan untuk terus hidup juga tak cukup untuk terus menampung kelangsungan hidup dia ketika cuba mencari jalan keluar dari padang pasir..?
Bayangkanlah keadaan padang pasir yang seluas mata memandang itu..Betapa susahnya keadaan dia ketika mencari jalan keluar..~
waw, mesti masukan musium sejarah tuh...
ReplyDelete