Thursday 15 November 2012

Kubur Yasser Arafat Digali Semula


Kubur Yasser Arafat yang telah meninggal dunia pada tahun 2004 lalu digali semula berikutan kesangsian dan keraguan terhadap punca kematiannya pemimpin Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) yang dikaitkan dengan pembunuhan terancang oleh Israel..







Yasser Arafat meninggal dunia di sebuah hospital tentera berhampiran Paris pada 11 November 2004 dan  pakar dari Perancis tidak dapat mengatakan siapa yang telah membunuhnya..Walaubagaimanapun, ramai rakyat palestin yakin beliau telah diracun oleh Israel memang berniat membunuhnya..

Pendakwa Perancis telah membuka siasatan pembunuhan pada bulan Ogos selepas televisyen Al-Jazeera siaran suatu penyiasatan di mana pakar-pakar Switzerland berkata mereka telah menemui paras tinggi radioaktif polonium pada kesan peribadi Arafat..

Pada hujung minggu, Presiden Palestin, Mahmud Abbas berkata Rusia juga akan membantu siasatan, walaupun dia tidak menyatakan apakah peranan pihak Rusia..

Semalam mereka telah mula mengeluarkan konkrit dan batu di kubur Yasser Arafat kerja tersebut dijangkakan akan berlangsung selama hampir 15 hari melalui beberapa fasa..

Pada Isnin lalu, makam Arafat, yang terletak di ibu pejabat Muqataa presiden di Tebing Barat, Bandar Ramallah telah ditayangkan kepada pandangan umum dengan kain tarpal biru menjelang operasi untuk menggali semula kubur..

Operasi penggalian itu bagaimanapun hanya akan dilakukan secara tertutup..
Polonium adalah bahan yang sangat bertoksik yang jarang ditemui di luar lingkaran ketenteraan dan saintifik..



AFP




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...