Gambar ini menunjukkan petir yang sedang menyambar sebuah kapal terbang yang berjaya diambil oleh penumpang semalam sehingga mencetuskan kontroversi diantara pengguna internet mengenai keselamatan penggunaan kapal terbang untuk penerbangan..
Gambar tersebut mencetuskan kontroversi dikalangan pengguna internet dimana ramai yang menganggap kapal terbang tersebut disambar kilat / petir ketika diletakkan berhampiran pintu pagar Lapangan Terbang Antarabangsa Brisbane, Australia tersebar di internet 17 November..
Kapal terbang tersebut sebenarnya tidak disambar petir..Gambar tersebut hanyalah ilusi kerana ketika itu gambar tersebut diambil dari sudut pandangan yang berbeza sehingga ia nampak seperti disambar kilat..
Seorang pengguna perkhidmatan kapal terbang Australia berkata ibunya mengambil gambar tersebut di lapangan terbang sementara menunggu penerbangan untuk ke Fiji ketika ribut melanda lapangan terbang tersebut sebelum disebarkan ke internet sehingga mencetuskan kontroversi kapal terbang tersebut disambar petir dalam forum, laman-laman berita dan sosial..
Lebih daripada 22,000 kilat bersama petir melanda negeri di bahagian tenggara Australia pada jam 7:00-11:00, menurut laporan media Australia..
Kali terakhir kemalangan kapal terbang awam yang disahkan kerana serangan kilat dan petir berlaku pada tahun 1967, apabila petir menyambar tangki bahan api kapal terbang, menurut laporan dari Scientific American..
Hallo berkunjung sambilan komen, hehe
ReplyDeletewahh ngeri juga, thanks informasinya :D
scary!!!
ReplyDeleteHi Buatbest! Just stopping by to say hello fom Spain!
ReplyDeleteThank you for your visit to Secretos del Futuro.
phew, kalau kena kapal terbang nie, boleh meletup
ReplyDelete