Tuesday 15 January 2013

Serius: Batang Pokok Ini Bewarna Pelangi


Batang pokok ini kelihatan seperti karya seni yang dilukis menggunakan warna-warna yang pelbagai..Bagaimanapun warna-warna pelangi yang kelihatan pada batang pokok ini sebenarnya merupakan tindakbalas semulajadi yang terhasil sehingga menyebabkannya kelihatan bewarna-warni..





Seorang jurugambar, Warren Krupsaw, 70, menjumpai sebatang pokok ketika meraikan ulang tahun perkahwinan ke-25 beliau di Hawaii berkata, beliau terkejut melihat pokok berkenaan bewarna pelangi..Pokok-pokok yang menakjubkan ini telah ditemui di Pulau Kauai, Hawaii..

"Saya tidak pernah melihat pokok yang berwarna-warni seperti ini", kata Krupsaw..Kebanyakan orang yang saya telah bercakap tentang pokok ini kurang mempercayainya..Tetapi perkara ini adalah benar..' katanya..


Dikatakan warna pelangi yang muncul seperti itu merupakan hasil daripada getah pokok yang menitis dan mengenai bahagian-bahagian lain pada batang pokok tersebut yang menyebabkannya bertukar warna biru, kemudian jingga, ungu diikuti merah meroon..Warna yang pelbagai itu muncul disebabkan perbezaan waktu getah yang menitis..

Pokok bewarna warni yang mempunyai nama saintifiknya iaitu Eucalyptus Deglupta ini dikatakan mudah ditemui di hemisfera utara dan secara semula jadinya ia mudah dijumpai di Indonesia dan juga beberapa negara-negara di Asia Tenggara lapor agensi..


3 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...