Siapa yang tidak kenal pada Alaxender Graham Bell, pencetus inspirasi telefon bimbit pertama di dunia pada awal 1880an..Hasil ujikaji yang dilakukannya diteruskan lagi oleh beberapa orang kemudiannya..Cerita mengenai misteri seorang wanita menggunakan telefon bimbit pada tahun 1938 telah berjaya dirakam melalui sebuah video tulen yang didedahkan..Ini mungkin merupakan bukti sahih tentang eksperimen penggunaan telefon bimbit pada zaman tersebut..
Seorang pengguna You Tube mengakui bahawa dia merupakan cicit kepada wanita yang dikenali sebagai Gertrude Jones yang dilihat memegang telefon bimbit dalam video tersebut..Dia turut mengakui bahawa dalam video tersebut memang kelihatan Gertrude Jones sedang memegang prototype telefon bimbit..
Dalam video bertajuk "Time Traveler in 1938 film" memang sangat kelihatan wanita tersebut sedang meletakkan sesuatu yang dipercayai telefon bimbit di telinganya..
Dipercayai video tersebut diambil di sebuah kilang milik Dupont..Prototype telefon bimbit tersebut telah dikembangkan di kilang alat komunikasi di Leominster, Massachusetts, Amerika dan sebanyak 5 buah telefon bimbit diberikan kepada Gertrude dan lima wanita lain untuk diuji selama seminggu..
"Dia berusia 17 tahun ketika itu..Aku bertanya padanya tentang video ini dan dia masih ingat..Dia mengatakan, Dupont memiliki set komunikasi telefon di kilang" ujar seseorang.."Mereka sedang melakukan eksperiman dengan telepon tanpa wayar..Gertrude dan lima wanita lainnya diberikan telefon bimbit tanpa wayar itu untuk diuji selama seminggu"..
Dalam video tersebut, dia dipercayai sedang berbual dengan seorang saintis melalui telefon bimbit ketika sedang berjalan..Inilah video bukti eksperimen telefon bimbit pada tahun 1938 itu..!
No comments:
Post a Comment