Thursday 26 September 2013

Kilang Membuat Topeng Anonymous


Topeng muka " Anonymous " ini sering digunakan oleh banyak kumpulan-kumpulan aktivis di seluruh dunia dan tidak ketinggalan di Malaysia juga..Boleh dikatakan dimana saja ada tunjuk perasaan atau demonstrasi di situ jugalah anda akan melihat topeng ini..Tapi dari mana datangnya topeng ini..? 






Kilang di Sao Goncalo, kawasan metropolitan Rio, Brazil menghasilkan kira-kira 800 topeng model "Anonymous" yang sangat terkenal kini setiap hari..Mereka mengeksport topeng tersebut ke luar negara kerana permintaan tinggi terhadap topeng "Anonymous" itu..

Topeng Guy Fawkes yang diambil dari filem "V For Vendetta" berharga USD 6 ini turut dilaporkan menerima permintaan yang tinggi di eropah..

Menurut Olga Valles, kakitangan pentadbiran syarikat tersebut:

"Topeng ini tidak pernah menjadi salah satu barangan yang paling banyak dijual sebelum ini, tetapi kini telah menjadi satu fenomena.." 




 ** P/s:  Harga topeng ini di Malaysia boleh mencapai hingga ke Rm 50 woo..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...