Monday, 21 October 2013

Bangunan Aneh Ini Dilaporkan Bebas Kuman ?


Bangunan yang agak pelik dan aneh ini dilaporkan bebas kuman..? Ia mungkin kelihatan seperti sebuah istana gergasi berbentuk aneh, tetapi ia sebenarnya adalah blok pejabat paling bersih kerana bebas daripada kuman.



Dipetik DailyMail, rekaan pelik digelar Bubble Building itu adalah hasil idea kreatif studio 3GATTI yang sebelum ini pernah mencipta bangunan berbentuk payung dan menara telekomunikasi yang dilitupi rumput.

Bahagian luar pejabat yang terletak di tengah-tengah bandar Shanghai itu juga akan dilengkapi nilon antibakteria yang boleh mengembung.

Menurut 3GATTI, pembinaan struktur unik itu juga  berfungsi untuk menghapuskan kuman di sekeliling premis tersebut.

"Bentuk gelembung di luar bangunan direka untuk bergerak mengikut arah tiupan angin. Bahagian luar pula dinaikkan sepenuhnya ketika waktu bekerja bagi memastikan pengudaraan lebih baik, namun ia akan ditutup pada waktu malam," jelas jurucakap 3GATTI itu lagi. SH




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...