Seekor ikan laut raksasa aneh yang mirip seperti seekor ular besar sepanjang 18 kaki, berwarna cerah ditemui oleh seorang pengajar aktiviti menyelam..
Ikan pelik berukuran 5 meter tersebut dilaporkan mampu untuk mencapai sehingga 15 meter panjang ditemui di luar pantai California Selatan di sini pada Ahad lalu dilaporkan mati atas faktor semula jadi..
Bangkai haiwan tersebut yang dipercayai hidup pada kedalaman lautan yang lebih 900 meter itu ditemui oleh Jasmine Santana, semasa dia menyertai lawatan menyelam di Teluk Toyon, Pulau Santa Catalina..
Dia mengesan satu objek panjang dan aneh berkilauan pada kedalaman kira-kira 9m ketika sedang menyelam di laut ketika itu..Dia kemudian mendapati itu merupakan bangkai seekor ikan yang agak ganjil..
Ikan pelik itu kemudiannya berjaya dinaikkan oleh lebih 15 orang ke pantai selepas ia ditemui dan bangkainya telah dihantar ke Universiti California di Santa Barbara untuk dikaji..
No comments:
Post a Comment