Tuesday, 29 October 2013

Inilah Warna Kereta Kegemaran Ramai Untuk Tahun 2013


Setelah lebih dari satu dekad, silver menjadi warna kereta kegemaran di dunia, akhirnya kini warna putih putih pula yang mendominasi warna kereta pilihan manusia untuk tahun 2013 ini..

Menurut Dailymail, (24 Oktober 2013), PPG Industries, syarikat pembekal cat automotif menyatakan 25 peratus daripada kenderaan yang dibekalkan pada model 2013 adalah warna putih..Sementara itu, warna silver (perak) dan hitam bersaing rapat di kedudukan kedua, masing- masing dengan 18 peratus..

Menurut Jane Harrington yang juga manager of automotive color style, pelbagai barangan yang berwarna putih, mulai kacamata hingga mutiara, juga turut mempengaruhi...

Harrington menambah, para pembuat kereta kini sedang mencari warna untuk model kenderaan yang akan dilancarkan pada tahun 2016 dan 2017..

Dia meramalkan warna seperti permata, misalnya hijau dan ungu akan menjadi popular sebagai warna pilihan untuk kereta pada tahun tersebut..Warna kelabu dan coklat turut tidak ketinggalan ujarnya..


1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...