Saturday 2 November 2013

Misteri Kumpulan Lelaki Jubah Hitam Muncul Gemparkan Dunia Bola Sepak


Kehadiran sekumpulan lelaki misteri di stadium bola sepak menjadi perhatia ramai..Sebabnya 11 orang lelaki ini berjubah dan bertudung serta berkacamata hitam lengkap dengan keadaan menyeramkan itu hadir dalam beberapa perlawanan hingga menggemparkan dunia bolasepak..




Kehadiran lelaki berjubah hitam menakutkan itu bermula dalam sebuah pertandingan diantara Bayern Munchen vs Hertha Berlin di Allianz Arena, Sabtu (26 /10)..Kumpulan lelaki misteri itu juga menyaksikan pertandingan Chelsea lawan Manchester City di Stamford Bridge dan juga ketika Juventus bertemu Genoa (Ahad, 27 Oktober ) ..

Orang di sebelah aku memberi tahu tentang kewujudan mereka..Wajahnya agak pucat..Kemunculan mereka itu benar -benar aneh ," kata seorang penyokong pasukan Juventus, Franco Losito.. "Aku tidak tahu siapa mereka dan tidak pernah menyaksikan perkara seperti ini, baik di stadium bola sepak mahupun dalam kehidupan seharian"..

Timbul persoalan apabila kumpulan lelaki berpakaian jubah serba hitam itu membentangkan kain bertuliskan # WINNERTAKESEARTH..


Simbol yang serupa dengan logo di bahagian dada kumpulan lelaki misteri itu juga pernah dilihat..Simbol tersebut pernah munculdi papan iklan digital, Times Square, New York suatu waktu dahulu..Perkara aneh dan pelik yang lainnya pula ialah bola raksasa berdiameter tiga meter yang menyebabkan terjadinya lubang raksasa di Hackney Marshes berhampiran London..

Setakat ini, belum ada penjelasan tentang perkara tersebut selain dokumentasi tentang kumpulan lelaki misteri berjubah hitam di laman mysteriouscircles.com..Misteri dan jawapan yang berkaitan kehadiran kumpulan lelaki misteri dengan petunjuk # WINNERTAKESEARTH ini dijangkan akan terhurai tidak lama lagi..

1 comment:

  1. Ishh.. tgk gambar je dah rasa seram. lain je rasa bila tgk muka dorang. siapakah dorang ni? illuminati? hmm..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...