Thursday 1 November 2012

Singa Liar Jadi Haiwan Peliharaan Wanita Ini



Wanita ini membela seekor singa yang dianggap sebagai binatang peliharaan di rumahnya..Haiwan liar yang cedera itu telah dirawat oleh wanita tersebut sebelum dia terus membelanya dirumah seperti haiwan peliharaan kebiasaannya yang lain..Dia juga turut membela beberapa ekor anak cheetah, harimau dan kucing Serval sebagai haiwan peliharaan nya..






Annel Snyman berkongsi rumahnya yang terletak di Bela Bela, Waterberg, Afrika Selatan dengan haiwan peliharaan nya iaitu seekor anak singa sejak awal Mac tahun ini..

Beliau mengatakan anak singa itu sudah terlatih dan suka untuk membantu dirinya di dapur dan juga membantu dengan membuat kerja-kerja rumah..

Timba, nama anak singa itu, boleh mencapai 180 hingga 225kg apabila dia membesar sepenuhnya, gembira bermain dengan 'Diesel' yang juga anjing peliharaanya..

Dia berkata,"Keluarga dan rakan-rakan saya semua terpaksa menyesuaikan diri kerana anak singa yang agak besar itu sering menerkam untuk memeluk mereka ketika datang ke rumah"..

"Ini telah menjadi sebahagian daripada hidup saya walaupun ada kalanya sukar untuk melakukan perkara seharian tetapi saya berusaha untuk hidup seperti kebiasaannya" katanya..

Sejak 2009, Annel telah membiakkan beberapa ekor binatang lain seperti anak cheetah, lima ekor singa, singa putih, harimau dan enam kucing Serval iaitu kucing sederhana liar yang terdapat di Afrika..


3 comments:

  1. Hei.... seramnya... last-last mati kena terkam ... tak takut ke diaorang ni

    ReplyDelete
  2. tak main la kucing ke..hamik kau rimau terus...yg putih lak tu..

    ReplyDelete
  3. Setakat kucing tuu boleh laaa bela.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...