Monday 24 December 2012

Tikus Besar Yang Boleh Dimakan Ini Lebih Mahal Harga Dari Bab*


Dia menternak lebih daripada 2000 ekor tikus gergasi yang sangat besar..Dikatakan tikus yang boleh dimakan ini mempunyai harga yang lebih mahal daripada daging bab* dan ayam..! Daging tikus ini dikatakan mahal kerana mampu menyembuhkan beberapa jenis penyakit..!


Dinamakan sebagai Tikus Buluh, wanita ini menjalankan perniagaan pelik dengan menternak tikus-tikus gergasi untuk di jual kepada pembeli..

Wanita tersebut, Shi Beidan, mengakui mempunyai lebih 2,000 ekor tikus buluh yang diternak dan dia merancang untuk menjual di pasaran tidak lama lagi..


Daging tikus ini dikatakan empat kali ganda lebih mahal daripada ayam mahupun daging bab* serta dua kali ganda daripada harga daging lembu! Harganya yang mahal ini disebabkan kerana dagingnya dipercayai mampu untuk menyembuhkan beberapa jenis penyakit..!






Shi Beidan mendapat ilham untuk menternak tikus gergasi ini setelah ternampak beberapa ekor tikus bersaiz seperti seekor anak anjing yang kecil di lantai dapur rumahnya suatu ketika dahulu..Bagaimanapun dia tidak menghapuskan tiku-tikut tersebut sebaliknya menangkap dan memberi tikus-tikus tersebut memakan buluh sehingga tikus-tikus tersebut membesar dengan "sihat"..

Dia meletakkan tikus-tikus hasil ternakannya di dalam kotak untuk membiarkan tikus tersebut terus membiak dengan lebih banyak lagi sebelum dijual..


Tikus adalah hidangan popular di beberapa bahagian di negara China serta ia boleh dihidangkan untuk dimakan dalam pelbagai jenis hidangan di sana terutamanya ketika musim sejuk..!

Tikus Buluh adalah sejenis spesies tikus yang boleh ditemui di beberapa bahagian negara di timur asia dan dikatakan ia boleh membesar sehingga 50 sentimeter panjang serta boleh mencecah sehingga empat kilogram berat badannya..!
AFP


Artikel Berkaitan: Kucing Comel Dijadikan Makanan Eksotik Di China!


6 comments:

  1. macam ni pun ada.. tak sangka tikus sebesar tu

    ReplyDelete
  2. depa ni makan apa saja..kalau najis pon depa kata berkhasiat..

    ReplyDelete
  3. Aiyarkkk..
    Geli pulak nengok :D

    ReplyDelete
  4. gilo besar macam kucing dah ha.
    thanks for sharing..tau jgk akhirnya ade besar macam ni

    ReplyDelete
  5. sanggup makan apa saja...janji makan....atau pun makanan tu menjanjikan boleh mengubati penyakit yang penting panjang umur....gila! itulah namanya manusia...

    ReplyDelete
  6. Tikus ni makan buluh ja nama grik pun amek dari bunyi yg keluar wants dia makan

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...