Sunday, 24 February 2013

Pasangan Ini Menjalani Kehidupan Seharian Tanpa Menggunakan Wang


Mereka menjalani kehidupan dengan sangat berjimat-cermat dengan mendapatkan makanan daripada sayuran yang dibuang oleh pasaraya, membayar sewa rumah mereka dengan melakukan semua jenis kerja-kerja di sekitar rumah dan menggunakan sistem barter untuk mendapatkan barangan yang mereka perlukan..Mereka hanya menggunakan wang apabila mereka benar-benar tidak mempunyai apa-apa pilihan lain..



Rafael Fellmer, 29,  dilahirkan dalam sebuah keluarga berbangsa Jerman..Ayahnya adalah seorang arkitek yang berjaya dan ibunya seorang terapi seni..Dia sendiri berkelulusan Pengajian Eropah di Hague, jadi tidak ada persoalan dia tidak boleh mendapat pekerjaan yang baik jika dia mahu...

Beberapa tahun selepas itu, Rafael sedar ada perkara dalam dunia ini yang jauh lebih penting daripada wang..Dia memulakan secara beransur-ansur mengurangkan perbelanjaan dengan melakukan perkara-perkara yang tidak memerlukan dia untuk membayar apa-apa..Krisis ekonomi, kekurangan makanan dan air global, perubahan iklim, menjadikan inspirasi kepadanya untuk hidup berjimat..

Walaupun ramai yang menganggap dia tidak mendapat pekerjaan yang betul sehingga memaksa menyara keluarga dengan sisa organik buangan pasaraya, Rafael Fellmer menguasai banyak perkara yang berkenaan dan dia berkongsi pandangan sehinggakan dia dianggap sebagai pemimpin kehidupan tanpa wang, yang semakin popular di Jerman..

Bagi Rafael, perjalanan ke kehidupan tanpa wang bermula dua tahun lalu, semasa perjalanan ke Mexico menghadiri majlis perkahwinan rakannya di sana..Dia dan beberapa rakannya memutuskan untuk merancang perjalanan ke sana dengan berjimat-cermat..

Dia kemudiannya ditawarkan untuk bekerja di sailboats sebagai pertukaran untuk pengangkutan, tidur dalam trak di jalanan, di sekolah dan di balai bomba, selepas 11 bulan dia sampai ke sempadan antara Guatemala dan Mexico..

Dia mendapat begitu banyak pengalaman dan memutuskan untuk memulakan hidup tanpa wang..Ketika di Amerika Tengah dia bertemu isterinya, Nieve..Selepas isterinya hamil, kehidupan seharian tanpa wangnya terganggu..Dia berunding dengan sebuah syarikat penerbangan untuk kembali ke Jerman dan berjaya mendapatkan tiket dengan hanya 150 euro untuk mereka berdua..

Kembali di negara asalnya, Rafael memutuskan untuk tinggal dengan ibu bapanya sehingga dia dapat mencari tempat di mana dia boleh membayar sewa menggunakan perkhidmatan : menjaga rumah, memasak, pembersihan, penyelenggaraan komputer dan penjagaan haiwan sekalipun..

Sekarang mereka tinggal di sebuah apartmen kecil di tingkat bawah tanah sebuah villa di Kleinmachnow, berhampiran Berlin..Mereka berkebun dan meggunakan barangan yang sudah diperbaiki dan hanya perlu risau tentang bil elektrik dan air sahaja..Bagaimanapun jumlahnya sangat sedikit, kerana mereka hanya menggunakan sumber-sumber ini apabila mereka benar-benar perlu..

Artikel Berkaitan: Tukang Sapu Jalan Ini Sebenarnya Seorang Jutawan !

Namun, pasangan itu mengakui bahawa mereka kadang-kadang perlu untuk membayar beberapa perkara dengan wang tunai apabila Nieves terpaksa untuk berjumpa pakar sakit puan semasa mengandung dan juga  untuk mendapatkan insurans kesihatan.."Kita bukan sempurna," Raphael Fellmer berkata. "Kita terperangkap dalam kilang wang, tanpa makna" katanya..





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...