Saturday, 23 February 2013

Indian Holy Man Sarankan Pengikutnya Hidup Miskin Tapi Dia Pakai Berdozen Emas !


Lelaki 'suci' dari India ini memberitahu pengikut-pengikutnya untuk hidup dalam kemiskinan dan dalam jangkamasa yang sama dia meliputi dirinya dengan pakaian dan aksesori emas bernilai ratusan ribu ringgit yang didermakan pengikutnya..LoL..


Dikenali sebagai "Golden Man" kerana memakai perhiasan emas yang bernilai tinggi, lelaki ini mempunyai pengikut yang ramai..Dia turut mempunyai ramai pengikut muda di eropah..

Nama sebenar lelaki ini adalah Bittu Bhagat..Dia menarik perhatian media apabila membuat penampilan di Kumbh Mela dengan kedua belah tangannya di atas bahu dua orang gadis eropah yang agak cantik disamping memakai puluhan aksesori emas di leher dan juga tangannya..

Laporan media menyatakan dia kelihatan lebih seperti seorang playboy yang sudah berusia..Dia didakwa merupakan seorang 'pendakwah' yang berdakwah kepada pengikutnya untuk menjauhi kehidupan yang dipenuhi dengan harta kekayaan duniawi..

Pengikut-pengikutnya disaran untuk menjauhkan diri dari kekayaan material jika mereka mahu menjadi pengikutnya..Bittu Bhagat hanya menerima emas-emas tulen yang didermakan kepadanya..

Video Golden Holy Man Bittu Bhagat

"Inilah cara saya menyampaikan khutbah..Orang datang untuk melihat emas saya," kata Bhagat semasa ucapan di Mela Kumbh, di Allahabad..

Dia juga turut dilaporkan enggan membayar sesen pun cukai emas yang dimilikinya itu lapor media..

"Ini adalah emas tuhan, bukan saya..Saya tahu apa yang pegawai-pegawai cukai cuba lakukan, tetapi saya berharap bahawa dengan menjadi rapat dengan saya mereka akhirnya akan dibawa ke jalan tuhan dan tidak lagi berasa tamak..Ya, mereka yang tamak'..katanya..

Dahulunya dia merupakan seorang tukang jahit, kini Golden Man ini didakwa mempunyai beberapa juta dolar dan bergerak dengan kereta mewah berjenama Mercedes, BMW dan juga Bentleys..!




2 comments:

  1. seorang yang tamak ni...kekayaan untuk diri dia saja.

    ReplyDelete
  2. Dia bernasib baik orang masih nak dengar khutbah dia. jangan sampai suatu hari nanti dia pula dibaling batu.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...