Thursday, 28 March 2013
Inovasi Unik Tisu Tandas Beraroma Teh
Kebiasaannya tisu yang berbau wangi dan harum digunakan pada tubuh badan..Bagaimana pula tisu yang berbau aroma teh yang akan digunakan sebagai tisu 'jamban'..? Inilah inovasi yang telah dikeluarkan oleh sebuah syarikat Jepun..
Tisu tandas yang dijual dengan nama "Flavored Tea Selection" ini menawarkan bau haruman teh jenis 'black tea'..Aroma teh tersebut menawarkan dua jenis variasi berbeza iaitu aroma teh dari wilayah tenggara dan yang satu lagi aroma teh camomile inggeris..
Untuk tisu "Flavored Tea Selection Southern Countries Tea Time", tisu tersebut direka dengan warna pink sementara aroma camomile pula bewarna biru laut..Kedua-dua jenis tisu ini dilaporkan mempunyai tekstur yang sangat lembut..
Inovasi yang diperkenalkan terhadap tisu tandas ini dilaporkan akan mula berada dipasaran bermula pada 1 April..Bagaimanapun bagi pihak pengeluarnya, harga yang akan ditetapkan untuk tisu beraroma teh ini masih belum lagi dapat diputuskan..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment