Perkara ekstrim bukan sahaja dirasai ketika melakukan sesuatu aksi yang mendebarkan..Ia turut boleh dirasai walaupun ketika anda ingin makan..! Inilah yang berlaku kiranya anda mahu makan di restoran unik ini yang mencabar diri kerana anda perlu berani untuk ke sana..Restoran tergantung yang terletak di tepi tebing bukit yang tinggi !
Anda disajikan dengan pemandangan gua-gua berdekatan dan juga Sungai Chang Jiang yang terletak jauh di bawahnya ketika hendak menjamu selera di restoran ini..
Di sini pengunjung yang datang perlu melalui pintu utama, yang takut boleh memegang tiang jambatan sempit sepanjang 30 meter yang disediakan di tepi laluan tebing untuk ke restoran Fangweng ini..
Hanya jambatan itulah yang menjadi akses utama untuk ke restoran tergantung di gua ini..Pengunjung boleh makan dalam suasana pancaran lampu tradisional cina dengan interior perabot unik sambil melihat orang terjun Bungee Jumping berhampiran jambatan..Beranikah?
No comments:
Post a Comment