Friday 5 October 2012

Penemuan Fosil Gajah Mammoth Berusia 30,000 Tahun


Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun menjumpai fosil bangkai gajah Mammoth yang ditemui lengkap dengan daging, tulang, bulu, dan lapisan lemak dianggarkan seberat 500kg..Fosil bangkai gajah Mammoth itu dikatakan berusia 30,000 tahun dan kelihatan masih elok walaupun sudah lama mati..



Gajah Mammoth tersebut dipercayai mati ketika berusia 15 tahun..Turut ditemui ialah taring gajah Mammoth tersebut bersama separuh daripada badan kanannya...

Menurut berita Moscow melaporkan ia merupakan fosil mammoth yang mati kira-kira 30,000 tahun yang lalu pada usia 15 tahun dan ia telah kekal beku di kawasan tersebut sejak lama dahulu..



Budak tersebut yang menjumpai fosil itu dikatakan berjalan-jalan di sekitar kawasan itu sebelum memberitahu ibu bapanya tentang penemuan tersebut..Dia tinggal bersama keluarganya berdekatan Stesen Kutub Sopkarga di Russia..

Alexei Tikhonov, seorang pakar fosil dari Akademi Sains Rusia, memberitahu wartawan bahawa kali terakhir fosil yang masih terpelihara ditemui di Rusia pada tahun 1901, juga di rantau Krasnoyarsk, tetapi lebih jauh ke selatan..

Ini merupakan penemuan kedua yang terbaik sejak tahun 1901 yang pernah dijumpai dimana gajah Mammoth tersebut masih dalam keadaan terpelihara dengan gading, mulut dan tulang rusuk yang jelas kelihatan kata penyelidik..

Ia dinamakan sebagai Zhenya berdasarkan nama samaran budak yang menjumpai fosil Mammoth itu..


Source: rt


5 comments:

  1. mesti bangga budak tu jumpa fosil, ahaks

    ReplyDelete
  2. Terima kasih untuk infonya.....bagus sekali salam hangat dari tasya collection
    http://btmtas.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. infonya bagus sekali gan..untuk menambah pengetahuan..salam..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...