Wednesday 31 October 2012

Rekod Dunia Imbang 45 Gelas Guna Sebelah Tangan Sahaja !


Aksi menakjubkan yang dilakukan lelaki ini yang berjaya mengimbang 45 gelas menggunakan hanya sebelah tangan sahaja memecahkan rekod dunia terdahulu yang pernah dicipta iaitu sebanyak 39 gelas..!

Kapal Layar Gergasi Steve Jobs


Steve Jobs dikatakan membina sebuah kapal layar yang bercirikan produk ciptaan beliau sendiri iaitu Apple sebelum kematianya..Akhirnya kapal Zuhrah yang diimpikannya itu telah berjaya disiapkan dan dipertontonkan kepada orang ramai selepas kematiannya..

Himpunan Kereta Polis Yang Mewah Dan Berkuasa Tinggi

Lamborghini Gallardo LP560-4 digunakan oleh pasukan polis Itali..Lamborghini dikatakan menderma dua buah supercars 202mph kepada polis Itali..Jom tengok senarai antara kereta polis yang mewah dan berkuasa tinggi..

Monday 29 October 2012

Mayat Tak Reput Di Gunung Everest


Gunung Everest telah meragut nyawa lebih daripada 200 orang pendaki dalam sejarah..Kawasan di atas 26.000 kaki dipanggil "Kematian Zon", di mana pernafasan oksigen segar dari kanister adalah perlu bagi semua tetapi pendaki gunung terkenal di dunia ini..Tekanan atmosfera adalah kira-kira satu pertiga daripada paras laut untuk bernafas..Udara begitu nipis di tahap ini untuk 'recover' tubuh badan..Oleh itu, ramai mangsa mati di atas pergunungan Everest , Nepal ini..Beberapa gambar keadaan mayat tak reput yang pernah diambil..

Sunday 28 October 2012

Rumah Paling Sempit Di Dunia Hanya 36 Inci..!


Rumah ini hanyalah berukuran 36 inci lebar diantara dindingnya..Pembinaan rumah yang kecil ini diiktiraf sebagai rumah paling sempit di dunia..Kedudukannya mudah, tempat kosong yang terletak diantara lorong dan hanya muat untuk laluan pejalan kaki sahaja..! Mungkinkah ini merupakan rumah idaman anda?

Saturday 27 October 2012

Tak Puas Hati Pada Wanita ? Cuba Tengok Tulisan Apa Di Belakang Kereta Ini


Cuba perhatikan tulisan yang dipamerkan dibelakang kereta ini..Mungkin dia cuba meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap wanita..Walaupun pelik tapi agak kasar sedikit bunyinya..

Inilah Senarai 25 Worst Password 2012 Yang Menjadi Pilihan Manusia


Jika mana-mana kata laluan anda berada di dalam senarai ini, malulah pada diri sendiri dan pergi tukar password (kata laluan) itu sekarang juga..! ujar sebuah majalah terkenal menurut hasil kajian yang telah dijalankan bagi mengesan penggunaan password yang terburuk paling ramai digunakan manusia..! Berikut merupakan senarai 25 Worst Password 2012 ..

Friday 26 October 2012

Gambar Jemaah Menunaikan Haji 2012 Selamat Hari Raya Haji / Aidiladha


Setiap tahun hampir tiga juta jemaah haji tiba di kota suci Mekah, Arab Saudi..Sekitar gambar jemaah haji yang datang dari seluruh dunia untuk menunaikan haji tahun ini 2012..Selamat Hari Raya Haji / Aidiladha 2012..

Berani ! Lelaki Cuci Luar Tingkap Bangunan Tinggi Tanpa Alat Keselamatan !


Aksi lagak ngeri seorang pencuci tingkap bangunan tinggi ini telah dirakam oleh orang ramai ketika dia sedang mencuci luar tingkap sebuah bangunan tanpa menggunakan sebarang alat keselamatan untuk melindungi dirinya daripada terjatuh..!

Thursday 25 October 2012

Hahaha .! Banduan Di Penjara Ini Boleh Main Facebook ?


Bulan lepas seorang banduan dengan bongkaknya post gambar dia sedang menghisap ganja dalam penjara selepas dihukum kerana memiliki dadah..Dalam dua tahun lepas hampir 350 banduan telah ditemui posting di wall Facebook mahupun upload gambar semasa di dalam penjara mereka di Facebook..! Penjara kat mana yang boleh main Facebook nie?  Agak pelik tapi benar..! Hahaha..

Tuesday 23 October 2012

Pelik .! Wanita Ini Fobia Ke Tandas Untuk Buang Air..!


Kerana terlalu takut untuk menarik pam tandas dia akan berlari keluar sekirannya tidak dapat mengawal perasaan takutnya ini..! Akibat terlalu fobia dan takut untuk ke tandas bagaimana wanita ini mahu membuang air ? Kenapa dia terlalu fobia dengan tandas? Pelik !

Pencuci Tingkap Hospital Pakai Kostum Spiderman Semasa Bekerja


Beginilah cara yang dilakukan oleh pihak hospital untuk menenangkan pesakit mereka yang sedang menunggu rawatan di hospital..

Kereta Mini Cooper Ini Boleh Bergerak Atas Air ?



Agak mengejutkan apabila melihat sebuah kereta boleh terapung di atas air seperti sebuah bot..Kereta jenama mewah Mini Cooper ini kelihatan seperti kereta biasa sahaja tetapi boleh bergerak di atas air..! Adakah ini kereta untuk masa hadapan?

Monday 22 October 2012

Penonton Berang Baling Bom Kena Tepat Pada Pemain Bola Yang Sedang Menerima Rawatan ..!


Kerana berpura-pura sakit ketika menerima rawatan untuk melengah-lengahkan masa permainan, penonton pasukan bolasepak sebuah kelab mengambil tindakan membaling 'bom' (bahan letupan) betul-betul kepada sekumpulan kakitangan perubatan dan seorang pemain yang sedang menerima rawatan di tengah padang bola itu semalam..Akibat daripada letupan tersebut, pemain dan kakitangan perubatan beguling-guling menahan sakit..!

Sunday 21 October 2012

Setelah 2 Tahun Dia Jumpa Semula Kereta Yang Dia Telah Lupa Parking Dimana!!


Setelah hampir 2 tahun akhirnya seorang lelaki Jerman berjaya berjumpa dengan keretanya semula setelah dia terlupa di mana dia meletakkan keretannya itu..! hahaha..

Lelaki Masuk Padang Menumbuk Penjaga Gol Ketika Perlawanan


'Kami tahu siapa anda'..Polis sedang memburu seorang samseng bola sepak yang berlari ke padang sewaktu perlawanan bola sepak yang sedang berlangsung sebelum bertindak menumbuk seorang penjaga gol dihadapan lebih 30,000 penonton..! Lelaki itu menjadi buruan pihak polis selepas bertindak menumbuk penjaga gol pihak lawan..!

Thursday 18 October 2012

Ranking Manusia Terkaya Di Dunia Sepanjang Zaman Bukanlah Bill Gates! ( All Time Richest Man)



Tahukah anda, manusia terkaya di dunia atau di muka bumi ini sepanjang zaman adalah seorang raja dari Afrika yang telah meninggal dunia 700 tahuh dahulu yang mempunyai kekayaan melampau suatu ketika dahulu mengatasi manusia terkaya di dunia 2012 kini iaitu Bill Gates..! Bill Gates yang mempunyai kekayaan sebanyak USD $136 Billion menduduki ranking ke 12 manusia terkaya di dunia sepanjang zaman (all time richest man) walaupun dia menduduki raking pertama sebagai manusia terkaya di dunia masa kini..!

Dolphin @ Ikan Lumba-lumba Ditemui Di Perairan Pulau Pinang


Sekumpulan dolphin ataupun dikenali sebagai ikan lumba-lumba telah ditemui di Pulau Pinang..Dolphin tersebut boleh dilihat dengan jelas sedang berenang-renang berhampiran jambatan kedua Pulau Pinang..Ikan lumba-lumba tersebut berjaya dirakamkan oleh seorang wanita yang sedang menaiki bot berhampiran jambatan tersebut beberapa hari lepas..

!! Buat Pertama Kali Google Mendedahkan Rupa Pusat Server Internetnya Di Serata Dunia



Buat pertama kali google menyebarkan gambaran sebenar keadaan di pusat-pusat server internet milik mereka di seluruh dunia yang tidak pernah dilihat oleh sebilangan besar manusia di muka bumi ini..! Jom kita tengok rahsia apa yang ada disebalik internet yang kita sering guna seharian ini..Hmm~

Gempar..! Video Helikopter Tentera Syria Ditembak Jatuh Lalu Meletup Ketika Terbang


Live..Satu video amatur menunjukkan sekumpulan yang dikatakan pemberontak menembak jatuh sebuah helikopter tentera Syria sebelum meletup di udara di sebuah bandar di Idlib semalam..Helikopter itu telah ditembak oleh kumpulan bersenjata lalu meletup di udara ketika sedang terbang..!

Wednesday 17 October 2012

Spesis Ikan Pelik 20 Kaki Ditemui Di Pantai..!


Bagaimana perasaan anda sekiranya seekor spesis hidupan laut yang pelik sepanjang hampir 20 kaki berenang di tepi anda ketika sedang mandi di pantai..? Spesis hidupan pelik ini telah ditemui oleh beberapa orang yang sedang mandi-manda di sebuah pantai sehingga menyebabkan kekecohan..

Rekod Dunia Bapa Tertua Umur 96 Tahun Mendapat Anak Kedua


 Pada umur 96 tahun lelaki yang boleh dikategorikan sebagai "atuk" telah menimang seorang cahaya matanya yang kedua pada 2 minggu lepas..Anak yang pertama telah dilahirkan 2 tahun lepas di sebuah kampung di utara India ketika umurnya 94 tahun..! Dia memegang rekod sebagai bapa tertua di dunia lapor media serta berjaya memecahkan rekodnya sendiri..Rahsianya "Saya melakukan hubungan seksual tiga atau empat kali dalam satu malam."katanya..! 

Senarai Antara Universiti Terbaik Dan Tercantik Dunia



Ia mungkin kelihatan seperti hotel mewah, tetapi anda tidak boleh menafikan bahawa Moscow State University sememangnya universiti tercantik dan menarik terutama apabila waktu malam..Ia merupakan salah satu universiti paling berprestij di Rusia..Berikut merupakan antara senarai universiti yang terbaik dan tercantik di dunia..~

Tuesday 16 October 2012

Tomato Pelik Menyerupai Itik Getah



 Tomato ini telah dijumpai oleh seorang tukang kebun ketika dia sedang memungut hasil tanamannya..Apa yang menariknya, tomato miliknya itu kelihatan pelik berbentuk seperti itik getah berbeza dengan tomato-tomato yang kebiasaannya berbentuk bulat..

Monday 15 October 2012

Ngeri Gila..! Daging Manusia Dijual Di Pasar..?



Beginilah keadaan kedai yang menjual daging manusia di sebuah pasar..Kedai ini hanya menjual daging manusia yang telah siap sedia dipotong di pasar ini..Pembeli boleh memilih bahagian daging manusia yang ingin dibeli..Ngeri gila jika kedai dipandang dari luar..Mungkin pembelinya hanyalah dikalangan manusia kanibal sahaja..! Jom tengok dalam kedai tersebut..

Skydiver Felix Baumgartner Berjaya Membuat Terjunan Dari Angkasa Red Bull Stratos 15 Oktober 2012



Hari ini Felix Baumgartner seorang penerjun bebas dari Ausrtia berjaya melakukan terjunan supersonik memecahkan rekod dunia pada lebih kurang jam 11 tadi waktu tempatan dari angkasa selepas terjunan asalnya sebelum ini dibatalkan..Dia yang menaiki belon raksasa Red Bull Stratos telah selamat sampai ke bumi dari ketinggian 127,718 kaki dan menjadi manusia pertama terjun dari ketinggian tersebut..!! Jom tengok gambarnya..

Pelik Tapi Benar Kereta Sorong Bayi Berenjin Kelajuan Tinggi..LoL..


Hahaha..Memang pelik tapi benar..Seorang bapa baru-baru ini mencipta kereta sorong bayi yang berenjin dan berkelajuan tinggi..Dengan enjin 122cc serta menggunakan empat gear, ia ibarat 'skuter' untuk bayi comel kot..'cool'..hahaaha..mengalahkan mat rempit..!

Saturday 13 October 2012

Kenapa Dia Menjilat Semua Gereja Yang Dikunjunginya?


Lelaki ini memulakan perjalannya yang jauh semata-mata mahu menjilat dinding setiap gereja yang dikunjunginya..Apa sebab dia melakukan perkara pelik dengan perjalanan yang jauh semata-mata mahu menjilat setiap dinding gereja yang dikunjunginya itu?

Besar..! Biji Mata Gergasi Apakah Yang Dijumpai Ini..?


Biji mata gergasi apa yang dijumpai ini..?

Friday 12 October 2012

Wow..Aksi Ngeri Pada Ketinggian 1000 Kaki Masih Boleh Jawab Panggilan Telefon


Pada ketinggian 1000 kaki, lelaki ini menyeberangi sebuah jurang di Verdon Gorge, Perancis, dengan hanya menggunakan wayar kabel..Lagak ngeri pejalan kaki di atas wayar ini lebih menakjubkan apabila dia masih sempat lagi mengangkat panggilan telefon ketika aksi ngeri tersebut..!!

Biar Betul..! Mereka Main Bolasepak Guna Bola Berapi..!!


 Bolehkah anda bermain bolasepak menggunakan bola berapi seperti pelajar-pelajar ini? Penganjur perlawanan bolasepak itu, Ali Akhyar berkata "Kami membuat bola api untuk menguji keberanian pelajar..!"

Bangunan Ini Dilitupi Daun Bunga Ketibaan Musim Luruh


Beginilah keadaan sebuah bangunan di Cambridge University, England, ketika hampir bermulanya musim luruh (Autumn)..Seluruh bangunannya dilitupi oleh daun dan bunga Red Virginia Creeper yang bewarna oren  kemerah-merahan..~

Watak Avatar Menggunakan Seni Ibu Jari


Seorang pereka dari Bologna, Itali, telah menghasilkan watak avatar menggunakan seni ibu jarinya..Pelbagai watak avatar yang dicipta olehnya termasuklah Sherlock Holmes, Dalai Lama, Kolonel Gaddafi dan Hitler pelbagai watak lain lagi..

Thursday 11 October 2012

Gila..!! Macam Mana Kereta Ni Boleh Parking Di Luar Balkoni Apartment Tingkat Tiga Ni..??


Macam mana kereta Toyota Yaris ini boleh parking di luar balkoni tingkat tiga apartment nie? Sekali pandang memang sangat kreatif tindakan yang diambil oleh pemiliknya walaupun sangat bahaya..Tindakannya ini mungkin diambil untuk elakkan kesesakan jalan raya diluar tempat tinggalnya atau tiada lagi petak kosong untuk "park" keretanya itu..!

Video: Ini Mungkin Anjing Paling Bernasib Baik Dalam Dunia..!




Anjing ini beberapa kali hampir dilanggar ketika cuba melintas di sebuah lebuhraya..Dia mungkin layak dikategorikan sebagai anjing yang paling bernasib baik dalam dunia..!

Wednesday 10 October 2012

Inilah Wanita Afghanistan Pertama Jadi Penyanyi Rap



 Inilah wanita pertama Afghanistan yang menjadi penyanyi rap wanita pertama dinegaranya selepas kejatuhan pemerintahan Taliban..Dia dikenali sebagai Sosan Firooz, 23, dilahirkan di Afghanistan telah mencetuskan kontroversi kerana menjadi wanita pertama di Afghanistan yang menjadi penyanyi rap serta mengeluarkan album di negara yang dikenali sebagai konservatif semasa pemerintahan Taliban..

Tuesday 9 October 2012

Live: Terjunan Dari Angkasa Oleh Felix Baumgartner Red Bull Stratos Sebentar Lagi..!!



Sebentar sahaja lagi, penerjun bebas dari Austria iaitu Felix Baumgartner akan melakukan misi sebagai manusia pertama terjun dari angkasa dengan kelajuan 690 batu sejam..!! Tidak diketahui apa yang bakal berlaku sebentar saja lagi..Terjunan dari belon Red Bull Stratos One ini akan dilakukan oleh Felix Baumgartner pada kelajuan supersonik..Seluruh dunia akan menyaksikan terjunan secara Live ini sebantar lagi..!!

Stadium Nasional Singapura Dengan Kubah Terbesar Dunia Dibina


Stadium Nasional Singapura yang baru ini kelak akan menggantikan stadium lama dan menjadi struktur kubah yang terbesar di dunia..Stadium Nasional Singapura yang sedang dibina ini, 35 meter lebih besar daripada Stadium Cowboys di Texas yang dikenali sebagai struktur kubah yang terbesar di dunia..Iklim tropika Singapura diambilkira dalam rekabentuk konsep Stadium Nasional Singapura yang baru ini..

Sunday 7 October 2012

Motorsikal Atau Kereta? Kereta Moden Beroda Dua?



Digambarkan sebagai "motosikal kereta" hibrid..C-1 Lit, kereta beroda dua ini menggunakan set gyroscopes futuristik elektronik untuk memastikan ia kekal tegak dan seimbang, serupa dengan teknologi yang digunakan oleh Segway skuter dan Honda baru-baru ini..

Friday 5 October 2012

Penemuan Fosil Gajah Mammoth Berusia 30,000 Tahun


Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun menjumpai fosil bangkai gajah Mammoth yang ditemui lengkap dengan daging, tulang, bulu, dan lapisan lemak dianggarkan seberat 500kg..Fosil bangkai gajah Mammoth itu dikatakan berusia 30,000 tahun dan kelihatan masih elok walaupun sudah lama mati..

Thursday 4 October 2012

Lelongan 20,000 Ekor Biri-Biri



Beginilah keadaan di pusat lelongan biri-biri terbesar di negara ini..Lebih kurang 20,000 ekor biri-biri sedia untuk dilelong..Lelongan biri-biri ini telah dijadikan acara utama dalam menarik pembeli dan pelancong serata dunia.. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...