4Lo6tkEvBVv3ZgCOiTpUbnOmMWU buatbest: Besar..! Biji Mata Gergasi Apakah Yang Dijumpai Ini..?


Klik Iklan Untuk Info



Saturday, 13 October 2012

Besar..! Biji Mata Gergasi Apakah Yang Dijumpai Ini..?


Biji mata gergasi apa yang dijumpai ini..?

Biji mata gergasi yang dijumpai di pantai Florida, US ini dikatakan milik sotong gergasi ataupun ikan layaran gergasi kata beberapa orang pakar hidupan laut..

Heather Bracken-Grissom, seorang penolong profesor dalam bidang Sains Marin di Florida International University di Miami, mula berbincang biji mata dengan rakan-rakan tidak lama selepas gambar tersebut tersebar meluas di  internet..

Institut Panyelidikan Hidupan  Liar dan Parikanan Florida juga turut menjalankan penyiasatan terhadap penemuan biji mata gergasi tersebut..

Mereka mengandaikan kanta biji mata yang sama bentuk untuk sotong laut dalam, yang mana ianya mudah untuk tercabut. Ia juga mungkin kepunyaan ikan todak atau layaran yang besar, dimana sepatutnya matanya lebih kecil daripada badannya kerana kebanyakan mata tersembunyi di dalam kepala ikan tersebut berbanding kejadian ini..

Mata gergasi ini dikatakan telah dijumpai oleh seorang lalaki yang secara kebetulan melalui tepi pantai Pompano Rabu lalu..

"Ia kelihatan sangat baru," kata Gino Covacci, yang menemui biji mata tersebut ketika memberitahu Sun Sentinel pada hari Khamis lepas.. "Ia masih berdarah semasa saya meletakkan ia di dalam beg plastik"..


P/s: cuba bayangkan berapa besar sotong gergasi ataupun ikan todak itu sekiranya mata itu kepunyaannya..?


Source: Guardian


1 comment :

  1. follow done
    http://dhiyaadalahniswa.blogspot.com/

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

exchange bloglist