4Lo6tkEvBVv3ZgCOiTpUbnOmMWU buatbest: Berani ! Lelaki Cuci Luar Tingkap Bangunan Tinggi Tanpa Alat Keselamatan !


Klik Iklan Untuk Info



Friday, 26 October 2012

Berani ! Lelaki Cuci Luar Tingkap Bangunan Tinggi Tanpa Alat Keselamatan !


Aksi lagak ngeri seorang pencuci tingkap bangunan tinggi ini telah dirakam oleh orang ramai ketika dia sedang mencuci luar tingkap sebuah bangunan tanpa menggunakan sebarang alat keselamatan untuk melindungi dirinya daripada terjatuh..!





Sekiranya dia terjatuh kebawah, pasti kecederaan serius akan dialami oleh lelaki ini kerana ketinggian bangunan itu dianggarkan sekitar 40 kaki..

Menurut beberapa orang saksi, lelaki itu dengan tenang menjalankan tugas membersihkan tingkap bahagian luar bangunan tersebut tanpa menghiraukan orang ramai yang sedang memerhatikan lagak ngeri nya..Video rakaman lagak ngeri itu dikatakan telah tersebar meluas di You Tube..

Dia kelihatan melangkah dari satu tingkap ke tingkap yang lain tanpa sebarang alat keselamatan ketika melakukan kerja berbahaya itu..Dia sebelum ini telah memanjat keluar dari tingkap tingkat atas sebuah restoran Loch Fyne di Bath, Somerset ketika itu..


Menurut pihak pengurusan Restoran Loch Fyne, 'kami mengambilkira soal kesihatan dan keselamatan yang amat serius daripada kontraktor penyelenggaraan..Selepas kami dikejutkan dengan rakaman video aksi ngeri itu, video itu telah dibawa kepada perhatian kami dan kami berusaha untuk mengelakkan ini daripada berlaku lagi dan telah melancarkan satu siasatan penuh ke bagaimana ini boleh berlaku..!




1 comment :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

exchange bloglist