Friday, 3 August 2012

Menyimpan Sisa Sampah Dan Barangan Keluarganya Sejak 50 Tahun Lepas


Jangan terkejut sekiranya ada orang yang sanggup menyimpan sisa sampah barangan dari 50 tahun lepas yang telah digunakan oleh ahli keluarganya seperti separuh sabun mandi yang telah digunakan, tiub ubat gigi kosong , senduk, botol kosong dan macam-macam lagi .! Apa yang menyebabkan dia menyimpan sampah-sampah tersebut? Jom tengok lagi apa yang disimpannya..



Kasut yang telah digunakan sejak 50 tahun lepas dan timbunan pakaian lama.




 Buku-buku, kertas dan television lama.


Alatan bertukang, kerusi, kayu, tong cat, pasu bunga lama yang sudah boleh dikategorikan sebagai antik


Botol kosong dan anak patung yang disimpan sejak berdekad lepas..




Sudu, cerek, senduk dan barangan kegunaan memasak yang lain pun ada..


Kesemua barangan ini telah dipamerkan di Barbican Curve Gallery London, Januari lepas sebagai sebuah seni..Song Dong sebelum ini telah menamatkan pengajiannya dalam bidang seni halus di sebuah universiti di Beijing pada tahun 1989.

Kesemua barangan itu disimpan sejak dari zaman ibunya lagi..Mereka tinggal di flat 2 bilik tidur di Beijing..Bapa Song Dong meninggal dunia pada tahun 2002, ibunya Zhou Xiangyuan pula telah meninggal dunia pada tahun 2009 secara tiba-tiba kerana kemurungan yang berpanjangan..Ibunya mengalami kemurungan kerana kehilangan suami tercinta dan dia kerap menghabiskan masanya dengan barang-barang tinggalan suaminya itu.

Song Dong turut menambah,bahawa barangan ini katanya menguatkan lagi ikatan kekeluargaan yang kuat terjalin antara ahli keluarganya..Ia digambarkan dimana kuasa objek mampu untuk memberitahu cerita dan kehidupan lampau seseorang manusia..!!


8 comments:

  1. Err~ simpan kasut, baju tu boleh terima lagi. tapi bekas ubat gigi? err =.='

    ReplyDelete
  2. wah menareekkk jugak..leh wat koleksi

    ReplyDelete
  3. perghhhh... mantap ar... tengok TV teringat zaman kecik2... hehehe

    ReplyDelete
  4. ada jugak orang collect benda-benda mcm tu. awesome.

    ReplyDelete
  5. Die sayang kt family dia.ok pe.hehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...