Wednesday 30 October 2013

Restoran Masak Guna Kuasa Solar Matahari


Restoran ini menjadi popular selepas cerita mengenai restoran tersebut yang hanya memasak menggunakan kuasa solar matahari dalam semua penyediaan makanan tersebar luas..Dengan ketuhar yang boleh menjana suhu sehingga 180 darjah Celsius ( 356 darjah Fahrenheit), restoran unik ini boleh menyediakan semua jenis hidangan, termasuk sayur-sayuran, daging serta pelbagai lagi..

Masyarakat di Villaseca, Chile ini sememangnya sebelum ini memasak menggunakan bahan bakar dari ranting dan kayu pokok-pokok yang tumbuh di sekitar kawasan penempatan mereka..Hal memaksa penduduk kampung untuk menghabiskan masa selama berjam-jam setiap hari mencari kayu supaya mereka boleh menyediakan makanan..

Bagaimanapun, dua dekad yang lalu, penduduk-penduduk miskin di Villaseca telah menghadapi krisis kayu sukar di kawasan yang agak tandus tersebut..Setiap hari, seorang ahli keluarga terpaksa keluar jauh mencari kayu untuk supaya mereka boleh memasak dan makan makanan panas..

Akhirnya beberapa orang penduduk dipilih untuk percubaan menggunakan sistem solar dalam memasak makanan kerana kekurangan sumber kayu di kawasan tersebut..Idea memasak menggunakan kuasa solar tersebut telah dijalankan oleh University of Chile di kawasan perkampungan tersebut..


Idea tersebut ternyata berjaya kerana kawasan gersang ini dilaporkan menerima menerima lebih daripada 300 hari yang sangat cerah setiap tahun..Penduduk di sini turut dilaporkan sentiasa sihat kerana makan makanan yang dimasak daripada tenaga solar matahari yang tidak mempunyai karbon dioksida seperti dari pembakaran kayu..

Idea ini kemudiannya diteruskan oleh sebuah restoran yang mengekalkan keunikan tradisi memasak menggunakan cahaya solar tersebut..Restoran yang dinamakan Delicias del Sol kemudiannya dibuka..Pada mulanya, restoran Delicias del Sol ini hanya boleh memuatkan seramai 24 orang pelanggan pada satu masa tetapi kini restoran berkenaan semakin berkembang..Restoran mesra alam itu kini boleh menyediakan makanan kepada 120 pengunjung yang kebanyakannya datang dari tempat yang jauh hanya untuk mencuba hidangan masakan dari tenaga solar pancaran matahari mereka..dan mereka semua dilaporkan berpuashati setelah menikmati makanan hasil solar tersebut..


Video Restoran Masak Guna Tenaga Solar

1 comment:

  1. pernh tgk booth mini stall masak takuyaki guna solar :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...