Thursday 31 October 2013

Sayang Alam Sekitar, 2 Tahun Wanita Ini Tinggal Di Atas Pokok


Kerana terlalu menyintai alam sekitar, wanita muda ini rela untuk menghabiskan masa selama 2 tahun tinggal diatas pokok..Itulah yang dilakukan oleh seorang wanita Amerika bernama Julia Hill..Disebabkan kecintaannya terhadap persekitaran dan alam sekitar, dia rela tinggal di atas sebuah pokok yang berusia 1500 tahun selama 738 hari..

Bersama komuniti pecinta alam sekitar, wanita yang pernah mengalami patah tulang akibat kemalangan ini melakukan aksi menentang rancangan penebangan hutan hutan Redwood di California utara..Hal itu dilakukan dengan tinggal di atas pokok kayu Redwood yang ia beri nama Luna..

Tanpa berbekal apa-apa pengalaman sebelum ini, Julia berjaya bertahan selama 3 hari di atas pokok namun tindakan tersebut tidak menghentikan tindakan Maxxam Corporation selaku syarikat yang bertanggungjawab dalam proses penebangan hutan tersebut..Dia bagaimanapun meneruskan aksinya tersebut hingga 738 hari ataupun lebih kurang 2 tahun..!



Selama tinggal di atas pokok besar tersebut, Julia sering berhadapan dengan pelbagai kesulitan untuk terus tinggal di atas poko..Masakan tidak, para pekerja syarikat pembalakan sering "melancarkan perang" dengan menyembur cecair lada untuk menyuruh dia turun..Ini memaksa Julia untuk terus memanjat setinggi 60 meter bagi melindungi dirinya..

Selepas2 tahun, pihak syarikat akhirnya menyatakan mereka terpaksa berunder dari projek penebangan hutan tersebut dan Julia pun menghentikan aksinya tinggal di atas pokok..Dia mengaku pengalaman tersebut sangat berharga baginya..


" Aku meninggalkan sesuatu yang sangat berharga bagiku . Dia guru dan sahabat terbaikku ," ujar wanita ini.

Kerana sudah terbiasa selama 2 tahun hidup di atas pokok, Julia menyatakan bahawa dia merasa berat untuk kembali ke kehidupan sosial..Walaupun kembali ke darat adalah sesuatu yang membahagiakan, dia mengaku menghadapi beberapa masalah dalam menyesuaikan diri pada kehidupan normal seperti lalu..

Sementara itu, syarikat Maxxam terpaksa membayar USD $ 50 ribu sebagai ganti rugi kerana tidak dapat melaksanakan projek penebangan hutan..Wang tersebut kemudian disumbangkan untuk sekolah yang mengadakan penelitian dan pembelajaran tentang pokok...


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...