4Lo6tkEvBVv3ZgCOiTpUbnOmMWU buatbest: Patung Tertinggi Dan Terbesar Di Dunia Akan Dibina Di India


Klik Iklan Untuk Info



Friday, 1 November 2013

Patung Tertinggi Dan Terbesar Di Dunia Akan Dibina Di India


India dilaporkan akan memecahkan rekod dunia dengan mendirikan sebuah patung terunik yang dijangka akan menjadi patung tertinggi dan terbesar di dunia..Patung perdana menteri India pertama, Sardar Vallabhbhai Patel, ini dijangkakan akan diberi nama Statue of Unity akan menjadi terkenal di dunia suatu hari nanti..

Patung yang akan dibina setinggi 182 meter di sebuah pulau di wilayah Gujarat berhampiran empangan terbesar di India itu akan memecahkan rekod dari negara matahari terbit, Jepun dengan patung Buddha Amitabha yang mencapai 120 meter..

Projek mega ini merupakan idea calon perdana menteri dari parti Bharatiya Janata, Narenda Modi..Dia mengakui bahawa patung tersebut diyakini dapat menarik lebih ramai pelancong ke India..

" Orang akan datang ke India untuk melihat patung ini kelak ," ujar Modi..

Proses pembuatan patung "Manusia Besi" terbesar dan tertinggi di dunia kelak ini dijangka akan menghabiskan 200 juta pounds..! Dana untuk proses pembangunan yang akan berjalan selama 4 tahun tersebut diterima dari awam dan syarikat swasta..Modi juga menyeru pada rakyatnya untuk menyumbangkan perkakas kerja besi sebagai bentuk penyertaan dan sokongan..

"Saya berharap ada besi (sumbangan) dari kampung-kampung anda," kata Modi.." Tetapi bukan sembarang besi, kami mehukan besi yang berasal dari alat yang telah digunakan ketika bertani.."

Majlis perasmian dengan perletakan batu (pecah tanah) pada hari Khamis telah dijalankan ( 31/ 10)..

Walaubagaimanapun, pembinaan patung tertinggi dan terbesar di dunia yang akan dibuat dari besi ini dijangkakan tidak mendapat sokongan kerajaan India sendiri..Tidak ada satu pun menteri dan ahli-ahli Kongres India hadir di acara perasmian mendirikan projek patung yang akan dilengkapi kemudahan eskalator super pantas, balkoni dengan pemandangan cantik serta muzium, akuarium dan hiburan lain akan ada di bahagian bawah patung tersebut itu nanti..


No comments :

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

exchange bloglist