Thursday 31 October 2013

Ayam Tanpa Kepala Masih Hidup Selama 2 Tahun


Sebuah kisah aneh tentang seekor ayam yang hidup tanpa kepala pernah tercatat dalam sejarah..Ayam itu bukanlah dilahirkan tanpa kepala sebaliknya disebabkan oleh hasil penyembelihan yang gagal..Ya, dia masih hidup setelah lehernya di penggal..Kisa ini memang benar-benar berlaku suatu ketika dulu..

Pemilik ayam itu adalah Lloyd Olsen dari Fruita, Colorado, Amerika..Pada 10 September 1945 dia menyembelih salah seekor ayamnya untuk untuk santapan makan malam..Namun Lloyd kemudiannya sangat terkejut selepas mendapati ayam tersebut tetap berlari meskipun kepalanya sudah terpisah dari tubuhnya..!

Akhirnya Llyod merawat ayam yang dinamakan Mike itu dengan memberinya makan bijirin dan cecair sebagai makanan harian ayam tersebut..Setelah itu ia membawa Mike ke Universiti Utah dimana ia memnuatkan kesemua saintis terkejut..

Kajian kemudiannya dilakukan dan didapati ayam berusia 5 bulan itu masih bertahan hidup kerana ketika sedang menyembelih, bahagian penting di leher ayam tersebut tidak mengenai tepat..

Mike tidak mengalami pendarahan hingga mati kerana pisau Llyod tak mengenai pembuluh darah dari otak ke jantung..Sebahagian besar bahagian tersebut masih utuh bertahan sehingga Mike mampu untuk hidup seperti normal dan dilaporkan bulu-bulu baru tumbuh seperti tidak terjadi apa -apa..

Kerana tak mempunyai leher, Llyod memberi memberinya makan susu dan air dengan menggunakan jarum suntikan..Hebat, Mike kelihatan sangat sihat  malah berat badannya bertambah selama ia hidup tanpa kepala..


Dengan keajaibannya ini Mike mendapat wang dengan melakukan perjalanan di sekeliling negera dan dia mendapat gelaran "Headless Wonder Chicken"..Ketika itu mesih belum ada Guinness World Record sehingga yang populariti tinggi tersebut menyebabkan cerita mengenai Mike tertera di majalah Life dan Time..

Sebagai bintang persembahan yang sangat popular pada masa itu, Mike mampu menghasilkan wang hingga USD 4,500 dalam sebulan dan mendapat tawaran hingga USD $ 10 ribu (nilai wang yang sangat tinggi pada zaman itu)..

Setelah 2 tahun hidup tanpa kepala, Mike akhirnya ditemui mati di bilik hotel di Arizona..Kematiannya disebabkan kerana Llyod tidak dapat mencari 'penitis' untuk membersihkan kerongkong Mike yang terbuka itu..Llyod mengaku menjual bangkai Mike dan ceritanya mengenainya semakin terkenal hingga ditayangkan di pelbagai majlis di seluruh negeri..


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...