Wednesday, 31 July 2013

Kuil Puja Kemaluan Di Jepun


Sebuah tempat suci yang diwujudkan oleh masyarakat Jepun untuk memuja kemaluan lelaki..Dipercayai tempat ini mampu untuk memberikan kesan positif kepada pelawat lelaki yang menyembah @ melakukan ritual untuk memohon sesuatu kepada dewa zakar..


Kuil yang dinamakan sebagai Yuge Shrine Wilayah Kumamoto di pulau selatan Kyushu..Sebaik sahaja tiba di kuil itu, pengunjung perlu untuk membersihkan diri sebelum dibenarkan untuk memberi penghormatan anda kepada dewa zakar..

Pengunjung dikehendaki membasuh tangan dan mulut dengan air sebagai untuk membersihkan diri sendiri, badan dan jiwa yang dipanggil cho-zuba (手 水 场) di mana pengunjung akan menemui lembangan air untuk menyucikan diri sebelum menghadap dewa kuil..


Selesai upacara membersihkan diri, pengunjung kini bersedia untuk memberi penghormatan kepada dewa kuil - (zakar kayu yang besar)..Ritual dilakukan dengan bergerak di seluruh zakar dari belakang ke hadapan selain dengan perlahan-lahan membelai zakar besar tersebut untuk memohon sesuatu..


Terdapat juga sebuah kayu besar yang lain pula berbentuk kemaluan lelaki yang mempunyai banyak kepingan kertas yang diselitkan di situ..Dipanggil sebagai Omikuji, dipercayai pengunjung mampu untuk meramal masa depan mereka di sini..



Di satu sudut pula terdapat plak kayu bewarna-warni yang digantung oleh seseorang (lazimnya plak sebegini mudah ditemui di sekitar kuil di Jepun)..Plak yang dinamakan Ema (ema board) ini harus dibeli sebelum pengunjung boleh menuliskan hajat yang mahukan di atas plak ini sebelum digantung dikawasan yang telah ditetapkan..Plak ini bertujuan untuk meminta dewa kuil supaya memakbulkan hasrat mereka..


Penyembah-penyembah dewa zakar ini turut mempercayai bahawa ini adalah sebuah tempat ibadat di mana orang ramai datang berdoa untuk mendapatkan perkahwinan yang bahagia, mendapat ramai anak, sihat selain meningkatkan kesuburan serta mampu untuk memberi kekuatan tambahan kepada zakar lelaki (pemuja)!..


3 comments:

  1. Macam mne klau letak kuil tu dkat m'sia?

    ReplyDelete
  2. Sebab itulah lelaki Jepun banyak yang gila seks...
    Masa perang dunia ke-2 pun diorang datang serang & tawan negara orang semata2 untuk rasa tubuh gebu wanita2 bangsa Asia yang lain kot?
    Betul2 tak tahu malu...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...