Sunday, 21 October 2012

Lelaki Masuk Padang Menumbuk Penjaga Gol Ketika Perlawanan


'Kami tahu siapa anda'..Polis sedang memburu seorang samseng bola sepak yang berlari ke padang sewaktu perlawanan bola sepak yang sedang berlangsung sebelum bertindak menumbuk seorang penjaga gol dihadapan lebih 30,000 penonton..! Lelaki itu menjadi buruan pihak polis selepas bertindak menumbuk penjaga gol pihak lawan..!





Penjaga gol Sheffield Wednesday, Chris Kirkland telah membuat aduan kepada polis terhadap insiden dimana dia diserang oleh seorang lelaki yang memasuki padang sebelum berlari dan menumbuk penjaga gol itu secara tiba-tiba..

Pengurus Leeds, Neil Warnock berkata Kirkland 'jatuh seperti ditimpa satu tan bata' selepas dia diserang hingga terjatuh di atas padang oleh seorang lelaki yang juga seorang penyokong Leeds..

Kejadian itu berlaku ketika perlawanan getir musuh setempat antara Sheffiled Wednesday dan juga Leeds sedang berlangsung dihadapan 30,000 orang penonton yang sedang menyaksikan perlawanan tersebut 2 hari lepas..

Pengurus Sheffield Wednesday, Dave Jones bagaimanapun telah menggambarkan penyokong Leeds itu sebagai 'haiwan keji'..!

Penyerang itu bagaimanapun telah diburu oleh pihak berkuasa negara itu selepas mereka berjaya meneliti video insiden yang memaparkan wajah lelaki yang menyerang penjaga gol tersebut..




2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...