Berikut merupakan senarai 10 pulau tercantik di dunia untuk tahun 2013 melalui kaji selidik yang telah dijalankan..
Di tempat pertama, pulau paling cantik di dunia dimiliki oleh Pulau Ambergris Caye yang terletak di utara negara Belize..Pulau ini menjadi sangat popular dikalangan penyelam-penyelam skuba di serata dunia kerana keindahan pantai dan terumbu karang yang sangat menawan hati..
Embergris Caye Island
St.John Island
Di tempat ketiga pula milik Pulau Bora-Bora yang terletak di Lautan Pasifik, Kepulauan Polinesia Perancis dimana pulau yang sangat cantik ini dikelilingi oleh terumbu karang..
Bora-Bora Island
St.Juan Island @ Pulau st. Juan yang terletak di Washington, antara tanah besar Amerika dan juga Vancouver Island, British Columbia, Kanada pula menduduki tempat keempat sebagai pulau yang tercantik di dunia mengikut kajian yang dijalankan..
St.Juan Island
Santorini terletak 200 km dari tanah besar Greece, atau lebih tepatnya berkedudukan di selatan Laut Aegean..Selain itu antara tarikan lainnya disini ialah, Santorini semenangnya sangat dikenali dengan bangunan bercat putih..!
Santorini
Bangunan putih, Santorini Island
Isla Mujeres yang terletak di Mexico pula mengungguli carta ke-6 sebagai pulau yang tercantik di dunia untuk tahun 2013 ini..Tarikan utama di pulau yang sangat indah ini adalah Festival Tahunan Whale Shark yang mana pengunjung berpeluang untuk berenang bersama beratus-ratus ekor ikan jerung..! Jangan tak percaya..!
Isla Mujeres
Untuk kaji selidik yang dijalankan, Pulau Moorea yang terletak di kepulauan Polinesia Perancis (lautan pasifik) menduduki carta ke-7 pulau tercantik di dunia..Terkenal dengan pemandangan indah dan menarik di sekeliling pulaunya..Terletak 17km di barat laut Tahiti..
p/s: Mo'orea bermaksud cicak kuning dalam bahasa Tahiti, tapi kenapa digelar sebegitu tak dapat dipastikan.~.
Moorea Island
Pulau Koh Tao yang terletak berjiran dengan negara kita, Thailand, menggungguli carta ke-8 pulau paling cantik di muka bumi ini..Dikenali kerana ia merupakan syurga untuk penyelam-penyelam skuba serata dunia kerana keindahan semulajadi, serta tempat paling murah di dunia untuk mendapatkan sijil open-water dive lapor Lonely Planet..
Koh Tao Island
Terletak di benua Amerika Latin, Pulau Easter di Chile juga tidak ketinggalan..Selain dari menyelam skuba di sini anda juga boleh menunggang kuda dan juga melakukan lawatan ke famous stone heads yang mana ia merupakan satu destinasi popular untuk pelancong di sini..
Easter Island
Stone Head, Easter Island
Untuk ranking ke-10, Nosy Be di Madagascar juga turut tidak ketinggalan mengungguli carta yang dikeluarkan oleh laman web pelancongan terkenal, TripAdvisor untuk senarai 10 buah pulau tercantik di dunia 2013 ini..
Nosy Be Island
saujana mata memandang, subhanallah...
ReplyDeletemmemang best....
ReplyDeletehttp://grenlifee.blogspot.com/
benua asia cuma satu pulau di Thailand je yang cantik for this year ek
ReplyDeleteSemua kt carribean n europe..satu ja kt thailand..padahal kt kepulauan pasifik dan asia tenggara pun cantik2 jugak..
ReplyDeletewah memang cantik ...terasa macam nak kesana ja..
ReplyDeletememang beberapa pulau diatas kelihatan cantik, kunjungan balik ya ke blog saya myfamilylifestyle.blogspot.com
ReplyDeletecantiknye pualu2 tu.. bila la nk dpt pegi sn.. ^_~
ReplyDeleteIt is God arts. amazing....
ReplyDeletelombok island antara pulau tercantik di dunia jga =)
ReplyDeleteteringin nk melancong kt sume2 pulau yang cantik 2 atas tu..mau tawaf satu dunia ni..sampai antartika pun mau g jugak..hihi..
ReplyDelete